Permohonan Kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pengambilan sesi 2020/2021

Oktober 20, 2019
O..o.. sedikitnya entri blogku bulan ni ! Bulan pun dah nak sampai ke penghujung tapi mood berblog masih lagi tenggelam timbul tenggelam timbul. Jealous tau dengan korang yang selalu ada masa dan kesempatan update blog ni.  Tapi tenggelam timbul ok lagilah kan? Jangan dibuatnya tak timbul-timbul sudah hikhik. By the way, thanks korang yang masih sudi terjah ke mari walaupun blogku ni sepi tanpa apa-apa entri terbaru sebelum ni.

Permohonan Kemasukan ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pengambilan sesi 2020/2021

Jadi untuk hari ini, ciktie nak kongsikan berita baik buat adik-adik kita lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang ingin melanjutkan pelajaran ke Kolej Matrikulasi Kementerian Pendidikan dan Institut Pendidikan Guru (IPG) untuk pengambilan sesi 2020/2021. Permohonan ianya boleh dibuat melalui sesawang UPUONLINE ataupun di http://upu.moe.gov.my mulai penghujung bulan ini. Tarikhnya nanti ciktie update ! Dah tak lama dah ni. Get ready ajelah ye..


Masa lepas SPM dulu pun ciktie pernah cuba. Cumaa bukan rezeki hahaha tapisan pertama pun ciktie dah gagal. Untuk ke step ke-2 lagilah. Buat adik-adik semua jangan give-up ye. Cuba, cuba dan terus cuba. Tapi bila dah dapat janganlah belajar separuh jalan. Penat tau lagipun tiada benda senang dalam hidup ni. Nak senang kena sabar..kena tahan. Belajar dengan kerja ini lain tau. 2 benda yang berbeza.  Zaman belajar best! Ramai-ramai.. pergi sana-sini.. hura horey walaupun penat dengan assignment dengan kelas, exam, kuiz dari pagi sampai tu terbawa sampai malam tapi seronoknya tu lain.



Bila dah kerja, dah ada komitmen lain pula ianya. Banyak benda nak kena fikir, nak kena buat. Jadi nikmati zaman study korang sebaiknya. Bila dah melangkah ke alam pekerjaan korang akan rindukan zaman study korang tu nanti.

Oklah sampai sini dulu, karang lagi banyak ciktie merepek hehe


Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Good luck semua yg apply! Nnti dah masuk study enjoy la study life tu. huhu betull dah kerja ni lain pulak cerita dia.

    BalasPadam
  2. Tak pernah mohon pun, dlu terus sambung STPM :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com