Sinopsis Drama TV3 Slot Akasia Lelaki Mu Yang Dulu - Ciktie Dot Com

Breaking

Wednesday, October 30, 2019

Sinopsis Drama TV3 Slot Akasia Lelaki Mu Yang Dulu


Terjebak juga ! Hahaha sebenarnya memang dah layan dah pun drama lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose ni. Cuma tak sempat tengok dekat tv itu je. Dari asyik terlepas siaran lebih baik tengok dekat YouTube. Iklan pun takde, itu yang bestnya.

Semalam dah last episod dah drama ni. Inipun tak sempat nak tengok lagi episod yang last ni. Haru biru dengan karenah anak buah yang kebetulannya ramai-ramai ada dekat rumah ni. Nak layan pun susah. So, kita biarkan ajelah dulu bagi masing-masing slow down dulu.


Walaupun drama 28 episode ini dah habis, kita nak jugak up sinopsisnya dekat sini. Bukan apa sebabnya drama ini berjaya mencuri perhatian. Terasa macam sweet sangat lakonan Sharnaaz Ahmad dan Nelydia Senrose  ini. Tak sahlah drama ni banyak lari konti pun hehe yang penting lakonan dan pelakonnya itu sendiri. Suka tau memang bersemut sangatlah gandingan diorang tu.  Best !!


Selain drama ini, cerita Puteri Yang Ditukar pun kita layan ikut YouTube juga.  Tapi cerita Puteri Yang Ditukar ini takdelah layan full episode juga. Ada jugalah yang ter skip. Tak sempat nak kejar banyak-banyak pun. Lainlah cerita LMYD ni kan.

Sinopsis Drama TV3 Slot Akasia Lelaki Mu Yang Dulu

Mengisahkan konflik dalam perkahwinan diantara Hazrul (Sharnaaz Ahmad) dan Daliya (Nelydia Senrose) yang telah terpisah setelah Hazrul ditangkap kerana cubaan merogol yang dibuat oleh Zana (Nadia Brian) yang bersetongkol dengan abangnya, Nazli (Redza Rosli). Daliya pergi berjumpa suaminya untuk mendapatkan penjelasan terus tetapi suaminya memilih untuk mendiamkan diri. Kecewa dengan sikap dan apa yang berlaku ditambah pula ketika itu dia sedang hamil menyebabkan Daliya meminta cerai.

Keengganan suaminya untuk berbuat demikian menyebabkan dia membawa diri.  Kemudiannya dia bertemu dengan ibu Maryam (Azizah Mahzan), Zana dan Nazli yang nyaris-nyaris dia hampir dilanggar. Pertemuan ini telah merubah kehidupannya. Dia berkerja sebagai tukang jahit di Kilang Langsir milik Ibu Maryam. Kehadirannya amat disenangi lebih-lebih oleh Nazli yang mula menyimpan perasaan kepadanya. Berlainan pula dengan Zana, dia tidak suka dan cemburu dengan layanan baik yang diberikan oleh keluarganya kepada Daliya.


Setelah 2 tahun, Hazrul dan Daliya akhirnya bertemu kembali. Status anak yang cuba disembunyikan pun terbongkar. Demi anaknya, Isyraf Daliya kembali kepada Hazrul. Keputusan ini menyebabkan Nazli tak puas hati. Dia berusaha merosakkan hubungan baik diantara Hazrul dan Daliya. Zana pula masih lagi berdendam dengan Hazrul dan berusaha untuk menghancurkan kebahagiaan yang dimiliki Hazrul. Ditambah pula apabila mengetahui Daliya yang dicemburui itu sebenarnya isteri kepada Hazrul. Orang yang sangat dia ingin miliki.




3 comments:

  1. mak gee suka sangat tengok drama ni hehe.. gee jer lah jarang tengok tv

    btw jemput join >> http://www.zianaeunos.com/2019/10/segmen-jom-tukar-link-bloglist.html

    ReplyDelete
  2. tapi tak puas hati la ending dia .. especially bila zana kena tangkap .. rasa macam apeni .. macam tak logik .. ᕼaha

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************