5 Perkara Wajib ADA Sempena Deepavali (Pesta Cahaya)

Oktober 27, 2019
Selamat Hari Deepavali kepada semua yang menyambutnya hari ini dan selamat berhujung minggu semua. Walaupun cuaca di kebanyakan tempat kelihatan mendung harap ianya tidak menghalang korang yang menyambut pesta cahaya hari ini dengan meriah ye.



Selamat Hari Deepavali

Deepavali

Perkataan Tamil "Deepavali" merupakan kombinasi 2 perkataan iaitu "Deepam" yang membawa maksud "Cahaya" ataupun "Lampu" manakala "Vali" bermaksud "Arah" atau "Jalan". Dan secara kasarnya ia menggambarkan perjalanan menuju ke arah cahaya. Penganutnya percaya dengan memasang pelita, kecerahan dapat mengatasi kegelapan, kebaikan dapat mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan dan keadilan dapat mengatasi kezaliman.

Perayaan yang disambut pada hari ke-14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) ini biasanya akan bermula seawal pagi sebelum matahari terbit dengan menyapu minyak bijan di atas kepala dan badan untuk menyejukkan badan. Seterusnya upacara sembahyang bersama dan dapatkan restu keluarga di rumah sebelum ke kuil. Masing-masing akan mengenakan pakaian baru, berkongsi manisan yang disediakan khas serta mengunjungi rumah sanak-saudara dan teman-teman.

Pada sebelah malam pula, barisan lampu ataupun pelita  akan dinyalakan. Bunga api serta mercun juga tidak ketinggalan bagi memeriahkan lagi sambutannya. Upacara Rangkoli ataupun menyusun beras dan hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna dihadapan pintu diadakan. Kaum wanita pula akan memakai inai di tangan dan kaki mereka sebagai menghias diri.

5 Perkara Wajib ADA Sempena Deepavali (Pesta Cahaya)

  • Pelita! simbolik bagi penganut Hindu yang melambangkan kejayaan mengatasi kejahatan. Ini berdasarkan lagenda yang diturunkan secara turun temurun mereka mengenai Raja Narakasura dan Dewa Krishnan. Mereka percaya dengan memasang pelita, kecerahan dapat mengatasi kegelapan. Kebaikan dapat mengatasi kejahatan, kebijaksanaan mengatasi kejahilan dan keadilan mengatasi kezaliman.

  • Kolam (Rangkoli) ! Biasanya kemahiran ini diwarisi secara turun-temurun bermotifkan tumbuhan. Cantik, unik dan menarik, memang kreatif sangat. Biasanya dibuat di pintu masuk rumah sebagai tanda rahmat dan selamat sejahtera kepada seisi rumah.
  • Manisan! Merupakan identiti masyarakat India. Simbolik kepada kesejahteraan berpanjangan, kegembiraan, kejayaan, nilai positif ataupun keseronokan. Biasanya ia menjadi acara pembukaan sesuai majlis, perayaan dll. Itulah juga sebabnya manisan yang lebih manis dan sedap adalah dianggap lebih baik dan dialu-alukan.
  • Maruku ! Kuih tradisional kaum India.
  • Mandi Minyak Bijan sebelum matahari terbit bertujuan untuk menyucikan diri  dan semangat dari kejahatan dan iri hati.

Unik bukan sambutan perayaan Deepavali ini. Lagi menarik ianya disambut di negara kita ini yang pelbagai kaum dan budaya ini. Boleh ramai-ramai meraikannya. Lagi-lagilah bertambah meriah. Tak gituu




Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com