Ada Apa Dengan 16 September setiap Tahun

September 17, 2019
Haii, assalamualaikum dan selamat beristirehat korang. Tak terlambat kot untuk ucapkan Selamat Hari Malaysia buat korang semua. Tak lupa selamat pengantin baru juga buat mereka yang bergelar raja sehari hari ini dan selamat ulang tahun pada mereka yang mana tarikh ulang tahunnya jatuh pada hari ini. Tahniah dan semoga kebahagiaan, keberkatan dan ketenangan sentiasa menjadi milik kita semua. In Shaa Allah, Aamiin.

Ada apa dengan 16 September ??

Seronok ye masing-masing  bila masih  lagi berpeluang habiskan masa dengan keluarga tersayang lagi semalam tu. Sepatutnya entri ini dah publish dah semalam tapi tah macam mana terbawa ke hari ini. Hmm dah habis dah cuti percuma untuk bulan ni. Lepas ni, siapa nak cuti free lagi kena mohon cuti sendirilah pula ye. Jangan buat-buat lupa pula ye. 16 September bukan sebarang cuti tau.. disebalik keseronokan dan ketenangan kita meluangkan masa bersama keluarga tu tersembunyi sesuatu didalamnya iaitu

Ada apa dengan 16 September

Hari Penubuhan Malaysia

Kalau nak tahu, 16 September telah diisytiharkan sebagai cuti umum seluruh Malaysia pada tahun 2010 sempena Hari Penggabungan Tanah Melayu, Borneo Utara (sekarang dikenali Sabah dan Sarawak) dan Singapura membentuk Persekutuan baru mengganti Persekutuan Tanah Melayu/Malaya pada tahun 1963. Iaitu sebelum Singapura keluar dari Malaysia pada tahun 1965.  Kiranya macam simbolik ataupun hari memperingati penubuhan Hari Malaysia. Awalnya bukan semua negeri dalam Malaysia ini yang mengumumkan 16 September ini sebagai cuti umum.

Kalau tak silap, penubuhan Malaysia telah dirancang pada 01 Jun 1963 kemudian ditangguh kepada 31 Ogos 1963 untuk membolehkan ianya disambut bersama dengan hari kemerdekaan kali ke-6 tapi sebab ada beberapa isu berkaitan bantahan dari Indonesia dan Filipina menyebabkan ianya terbawa ke 16 September tahun yang sama.

Hari Angkatan Tentera Malaysia

Kewujudan Hari Angkatan Tentera Malaysia adalah sama dengan tarikh Hari Malaysia. Tahun 1933 telah dijadikan sebagai tahun tertubuhnya Angkatan Tentera Malaysia setelah mengambil kira penubuhan awal pasukan tentera pada tahun tersebut yang merupakan pasukan tentera peneraju negara.

16 September

Susur-galur Angkatan Tentera Malaysia boleh diimbau dari penubuhan rasmi Tentera Darat. Pembentukan Malaysia pada 16 September 1961 menyaksikan kerajaan telah merombak pembentukan ketiga-tiga cabang perkhidmatan di bawah Angkatan Tentera Persekutuan yang kini tertakluk di bawah Akta Angkatan tentera (1972). Kerajaan juga telah mempersetujui agar Hari Angkatan Tentera disambut pada hari dan tarikh yang sama setiap tahun sempena penubuhan Malaysia.


So, inilah antara 2 hari penting dalam kalendar kita rakyat Malaysia untuk bulan ini. Semoga keamanan dan keharmonian yang dikecapi berkekalan. Aamiin.





Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com