Resepi Keropok Nasi

Ogos 02, 2019
Wah! memang kreatif betullah akak ni. Tak pernah terfikir nasi pun kita boleh pelbagaikan lagi menunya. Biasa kalau nasi tak habis, memang tak buang. Selalunya kita panaskan semula ataupun buat nasi goreng je. Tapiii akak ni lain pula ceritanya. Dia boleh buat keropok keping. Memang kreatif betullah.

Sekali imbas gambar yang dikongsikan oleh Widyana memang nampak macam keropok ikan (keping) betullah. Nanti nak cuba buatlah cuma untuk sementara Ciktie nak tampal ketat-ketat resepi keropok nasi dari Widyana ni dekat sini. Kebetulan ada nasi lebih ke nanti boleh terus buat. Bahannya pun takdela banyak sangat. Hmm korang pun boleh cuba tau.. 

Resepi Keropok Nasi


Bahan-bahannya
  • lebihan 1 mangkuk (direndam dalam air satu jam)
  • Kanji ubi kentang (potato starch) 1 mangkuk
  • Garam pink (garam Himalaya/ garam bukit) secukup rasa
  • Serbuk bawang putih

Cara membuatnya
  • Rendam semangkuk nasi dalam air selama satu jam. 
  • Blend nasi tadi hingga hancur, masukkan garam dan serbuk bawang putih. 
  • Masukkan kanji ubi kentang (potato starch) sedikit demi sedikit hingga boleh dikepal. 
  • Bentukkan panjang panjang macam keropok lekor. 
  • Didihkan air dalam periuk, masukkan doh keropok. Bila doh terapung maksudnya dah masak. 
  • Keluarkan, tos air hingga betul betul kering.
  • Lepas tu saya masukkan dalam peti sejuk biar kering dan keras senang nak potong. 
  • Lepas  dah keras dan kering keluarkan dari peti ais.Boleh hiris nipis. 
  • Kemudian tabur atas dulang dan boleh dijemur di bawah cahaya matahari sampai betul-betul betul kering. 
  • Goreng dalam minyak panas.Nanti keropok nasi mengembang cantik.

Nota :
Keropok nasi yang belum digoreng boleh disimpan dalam bekas kedap udara, tahan berbulan. Boleh goreng bila nak makan.

Widyana Ali
•Healthy cooking • Parenting • Life transformation • Household management
Sumber : Widyana Ali


Share this :

Previous
Next Post »

11 ulasan

  1. waahh keropok nasi pun ada. nice juga

    BalasPadam
  2. Wah, menarik juga ni. First time tahu nasi boleh dijadikan keropok

    BalasPadam
  3. kreatifnya orang yang cipta resepi ni..dari nasi dijadikan kudap-kudapan. Mudah pula tu nak buat.

    BalasPadam
  4. okay ni menarikkkkk. ray suke makan keropokkkk

    BalasPadam
  5. antara makanan yang saya suka makan..

    keropok.

    namun keropok yang homemade

    BalasPadam
  6. Kreatifnya resepi nasi keropok..tambah sos cili msti sedap juga

    BalasPadam
  7. wah menariklah. boleh cuba ni :)

    BalasPadam
  8. Ma x penah buat Ni nampak sedap

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com