Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, August 11, 2019

Sinopsis Drama Kerana Dia Manusia Biasa


Baru sempat layan cerita ni. Kalau tak asyik skip je drama yang diadaptasi dari novel karya Wan Nur Najihah ni. Selain menggandingkan Shukri Yahaya dan Emma Maembong, ia turut dibintangi oleh Sasqia Dahuri, Arash Mohamad, Atikah Suhaime, Ali Reza, Azwan Kombos, Afifah Nasir dan ramai lagi.

Kalau tak silap dah 10 episode dah ditayangkan. Maknanya tinggal 5 ajelah lagi. Tak sabar nak tahu siapakah Alia tu sebenarnya. Betul ke dia anak Tengku Shamil dengan Aisyah yang kena culik tu. Nak cari novel macam tak rajin pula nak menapak kedai buku apapun kita tengok drama ini sampai habis ajelah. Tak gitu


Sinopsis drama Kerana Dia Manusia Biasa

Disebabkan kesilapan orang lain, Nurin Aira (Emma Maembong) menanggung fitnah dan umpatan orang luar. Pada usia yang muda, dia dengan rasa tanggungjawab memikul amanah yang diberikan oleh kakak angkatnya Nora (Sasqia Dahuri) menjaga Alia. Ditayangnya Alia dengan penuh kasih sayang. Tengku Shamil Zaquan (Syukri Yahaya) pula setelah pemergian isteri tersayangnya, Aishah (Husna Mustaffa) membawa mendung di dalam jiwanya. Lebih menyedihkan, isterinya pergi setelah diragut insan yang tidak berperikemanusiaan.


Dalam satu insiden yang memalukan, dia dan Nurin Aira disatukan dalam satu ikatan walau dalam hati, Tengku Shamil tidak pernah terfikir untuk menduakan arwah isterinya. Nurin Aira pula pasrah dan berkorban demi menyelamatkan Tengku Shamil daripada bergelar anak derhaka. Namun pada pandangan Tengku Shamil, Nurin Aira hanyalah perempuan murahan.


Nurin Aira reda dan menerima segala kata hinaan lelaki itu dengan hati yang terbuka. Sakit, perit. Itulah yang dirasakannya. Bagi Tengku Shamil, Nurin Aira patut terima pembalasan akibat perbuatan jahat adik kandungnya sendiri. Dendamnya makin membara, apapun yang terjadi Nurin Aira perlu menderita. Itu tekadnya.

Sehebat mana dendam yang ada, Tengku Shamil akhirnya tewas pada kuasa cinta. Kesabaran Nurin Aira telah melembutkan hatinya. Saat hati mula bahagia, dirinya difitnah akibat sikapnya yang terlalu percayakan orang luar. Rumah tangga mereka bergoncang.

Mampukah Nurin Aira menerima Tengku Shamil kembali setelah hatinya disakiti buat kali kedua? Dan adakah dendam dalam hati Tengku Shamil akan hadir kembali ?? Kita tengok ajelah macamana kesudahannya nanti ye.



No comments:

Post a Comment

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox