Terima Hadiah Buku Antologi Cerpen Dari Cik Roxa !

Jun 26, 2019
Haii assalamualaikum dan selamat tengahari korang! Alhamdulillah, jumpa  lagi kita hari ini. Macam awal sangat pula ciktie bersiaran kali ini..selalu set auto publish je kebanyakan entrinya. Kali ini berbeza pula bukan apa sebenarnya sambil-sambil menunggu giliran nak masuk bilik doktor kita up dulu entry ni. 

Terima Hadiah Buku Antologi Cerpen Dari Cik Roxa !

Lagipun dah lama dah terima hadiah dari Cik Roxa ni. Kalau tak silap dapat awal bulan puasa hari tu. Terpilih sebagai salah seorang pemenang giveaway yang dianjurkan hari tu --> 2019 Comeback Giveaway By Cik Roxa. Alhamdulillah, terima kasih Cik Roxa! Dapat 2 buah buku antologi cerpen iaitu 8 Srikandi dan A Gift For D'Cleft karyanya bersama beberapa penulis lain.


8 Srikandi ini merupakan projek cerpen ke-3 Cik Roxa bersama 7orang penulis lain selepas projek cerpen amalnya pada tahun 2017 bersama 9 orang penulis lain - Antologi Setulus Kasih Buatmu berjaya. Manakala Antologi Gift For D'Cleft pula merupakan projek cerpen amal selepas projek 8 Srikandi.



Dua-dua buku ni ciktie dah habis baca dah. Sekejap je dah habis baca. Cuma mungkin dah terbiasa baca novel yang muka suratnya banyak-banyak tu yang terasa macam tak puas baca kot hehe. Ingat dulu suka sangat baca cerpen versi pendek camni dalam majalah ataupun surat khabar. Memang selalu sangat cari. Nak baca novel terasa tebal sangat. Ambil masa berhari nak habiskan hahaha akhir sekali baca ending je kena pula masa tu tak berapa nak rajin membaca pula.



Sebenarnya dengan  koleksi cerita pendek macam ini pun kita boleh pupuk minat membaca tau. Banyak cerita dalam satu buku. Mula-mula mungkin kita boleh pilih yang mana yang nak baca dulu lepas tu sikit-sikit habis 😁😁 tak percaya boleh cuba.

Apapun terima kasih Cik Roxa. Semoga terus sukses dalam apa jua bidang terutamanya dalam bidang penulisan yang diminatinya ini dan semoga mampu menghasilkan lebih banyak karya lagi selepas ini. In Shaa Allah, aamiin.

Dah alang-alang korang bw ke sini apa kata korang singgah bw blog cik roxa sekali jommm







Share this :

Previous
Next Post »

12 ulasan

  1. wahh cepat sekali kak 2 buku langsung hehe.
    dari baca cerita novel iya sih bisa membuka imajinasi lebih dalam

    BalasPadam
  2. tahniah.. nnti saya terjah sana pulak...

    BalasPadam
  3. best kan buku ni?Banyak pilihan cerita,jadi seronok untuk baca..cepat je habis..hehe

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah, bertambah lagi koleksi novel CikTie..

    BalasPadam
  5. saya berharap saya rajin membaca buku hehehe

    BalasPadam
  6. sama la cam k.fiezz, cik tie..kdg dtg malas nak membaca novel, akak baca page yg last sbb nak tahu ending je..hehe

    BalasPadam
  7. sama la cam k.fiezz, cik tie..kdg dtg malas nak membaca novel, akak baca page yg last sbb nak tahu ending je..hehe

    BalasPadam
  8. Wah tahniah...tgk cover dia semua nya menarik

    BalasPadam
  9. Tahniah! Membaca amalan mulia :)

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com