Lancarkan Perjalanan Balik Kampung Bersama WD-40 ®

Jun 12, 2018
Lancarkan Perjalanan Balik Kampung Bersama WD-40 ® | Dah terbau aroma lemang tak? hikhik mood balik kampung dah semua orang sekarang ini. Tak lama dah kita semua bakal menyambut lebaran !! Sempena lebaran ini juga WD-40 ® turut mengucapkan  selamat menyambut Hari  Raya  kepada seluruh rakyat Malaysia yang meraikannya  dan  semoga tahun  ini  dan tahun  akan  datang memberi  lebih makna buat  kita semua. In shaa Allah, aamin

Kalau nak tahu, Syarikat WD-40 adalah organisasi pemasaran global yang didedikasikan untuk mencipta memori positif yang berpanjangan dalam membangun dan menjual produk yang mampu menyelesaikan permasalahan di bengkel, kilang ataupun kediaman di seluruh dunia. 

Syarikat yang berasal dari Amerika ini adalah  pembuat  Produk  Pelbagai  Guna  WD-40® yang paling dipercayai yang perlu ada dalam kotak peralatan kediaman diseluruh dunia yang juga dikenali sebagai penyelesaian pantas untuk membersih dan melindungi, melancarkan bahagian berkarat, member kelembapan, menghentikan bunyi geseran yang bising serta menghilangkan kesan degil melekit! Ia menjadi  penyelenggara  profesional  dan  amatur  DIY  dalam  pekerjaan  mereka  yang  membabitkan  perkakasan,  perindustrian,  automotif, berbasikal,  sukan  dan  barangan  runcit  besar-besaran.


Dan jika  korang  mempunyai  Produk Pelbagai  Guna  WD-40®  di  rumah, terdapat  beberapa tips  yang  boleh kita gunakan pada kenderaan kita sebagai untuk  : 
  1. Mengeluarkan  kotoran  minyak  dari enjin terutamanya  kotoran  dari saluran  PVC  atau  ketulan gris  pada  blok  enjin dan  sekitarnya. 
  2. Melindungi  besi  daripada  terhakis  dan  berkarat. 
  3. Memberi  kelembapan  pada pendawaian  kereta.  (Hanya  sembur dan  biarkan  untuk  kesemua  rawatan di  atas) 

*Sentiasa  pastikan  enjin kenderaan kita dalam  keadaan  sejuk  dan berhenti, sebelum kita menggunakan mana-mana produk  penjagaan  kereta lain pada  kenderaan
*Menyimpan  sebotol    Produk  Pelbagai  Guna  WD-40®  dalam  kenderaan kita  juga  merupakan  idea  yang  baik  kerana  ia  sangat  BAGUS  untuk  :


  • Membantu  menghidupkan  enjin  yang basah,  terutama  apabila  enjin  menjadi lembap  disebabkan  banjir. 
  • Memudahkan  membuka  bolt  dan  nut. Sebagai  contoh  apabila  tayar  kereta pancit.  Hanya  perlu  sembur  kepada bolt  dan  nut  yang  ketat, dan penukaran  tayar  akan  menjadi  lebih mudah.  Jika  anda  mahukan persediaan yang  lebih  menyeluruh  bagi  kereta anda-sesuatu  yang  dipanggil  sebagai pakar - semak  barisan  produk automotif  kami,  WD-40®  Specialist™. 


Terdapat  5  produk  di  bawah  kategori ini  yang telah direka  khas  oleh  WD 40® untuk memaksimumkan prestasi  kenderaan  kita dan memastikannya  dalam keadaan terbaik iaitu :-  

  • Pembersih  WD-40®  Specialist™ Automotive  Throttle  Body,  Carb  & Choke - Ia  memaksimumkan  prestasi karburetor  dan  meningkatkan  prestasi sistem  bahan api.  Ia  menghapuskan permukaan  keras  dan  kasar, mengurangkan  pelepasan  asap, membersihkan  getah,  kotoran,  minyak, plumbum  dan  karbon. 

  • Pembersih  WD-40®  Specialist™ Automotive  Brake  &  Parts  - Untuk penyingkiran  cecair  brek,  minyak  dan bahan  cecair  brek  daripada  pelapik brek, pad  dan  drum. 
  • Pembersih  WD-40®  Specialist™ Automotive  Machine  &  Engine Degreaser - Pelarut  penghapus  minyak yang  mampu  menembusi  secara mendalam  kesan  kotoran  minyak  degil, lekit,  tar  dan  banyak  lagi.  
  • Pelincir WD-40®  Specialist™ Automotive  Chain  Lube -  Menyediakan pelinciran  dan  perlindungan  jangka panjang  untuk  rantai  O,  X  dan  Z. 

  • Pelincir WD-40®  Specialist Automotive  Belt  Dressing - Memberi  perlindungan  lebih  lama terhadap  tali  pinggang  keledar  dan cengkaman  lebih  baik  untuk  semua jenis  tali  pinggang  keledar.  Baik  digunakan  sebelum  ia  mula  mengeluarkan  bunyi! 


Produk  Pelbagai  Guna  WD-40®  boleh didapati  dalam  pelbagai  saiz  dan ia telah  berkembang  menjadi  pelbagai produk  khusus  antaranya seperti  WD-40®  Specialist™,  WD-40® BIKE  and  WD-40®  Specialist™ Automotive  Produk  Syarikat  WD-40 yang kini  tersedia  di  lebih  daripada  176 negara  dan  wilayah  di  seluruh  dunia termasuk  Malaysia. Di  mana  pelbagai produk  WD-40  boleh  ditemui  di  kedai-kedai  runcit  dan  perkakasan  utama  di semua  negeri.  



Untuk maklumat  lanjut tentang  Syarikat WD-40  atau  barisan  produknya, kita boleh  melayari sesawangan www.wd40.asia Rangkaian produk pakar automotif ini juga sesuai digunakan pada motorsikal.

Akhir  sekali,  jangan  lupa  servis kereta korang dulu ye sebelum pulang ke kampung ! Hanya dengan membuat persediaan untuk  perjalanan  jauh ia mampu melancarkan perjalanan kita dan semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.


Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com