Piza percuma dari Domino's

Januari 29, 2018
Alhamdulillah, Sabtu lepas ciktie dan beberapa orang blogger lagi #teambpt memenuhi undangan Domino's Pizza Kubang Kerian. Bukan kitorang je ada lagi seorang dua blogger lain. Kalau nak tahu ini merupakan destinasi ke-14 Jalan-jalan Cari 100 Piza di kedai-kedai yang terpilih di seluruh Semenanjung Malaysia yang telah berlangsung dari 13 Januari hingga 3 Februari 2018 nanti. Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai lokasi Jalan-Jalan Cari 100 Piza yang akan datang, boleh layari laman Facebook Domino's @DominosMY 


Alhamdulillah, terima kasih Domino's sebab sudi mengundang ciktie untuk join sama program ni. Sehari sebelum tu program ni dah buat dekat Domino's Pizza Pengkalan Chepa. Tapi ciktie tak sempat nak join sama yang dekat situ walaupun memang lokasinya dah dekat sangat dah dengan rumah!


Seawal 2.00 petang kitorang dah sampai sana. Pemberian piza secara percuma ni bermula pukul 3 hingga 4 petang. Sejam je tu dan ianya diberi kepada 100 orang pertama yang hadir. Sebenarnya program Jalan-jalan Cari 100 Piza ini merupakan satu usaha pihak Domino's untuk mengucapkan terima kasih kepada para peminatnya yang tidak putus-putus memberi sokongan. Unik kan cara diorang ni.. Dengan cara camni juga diorang dapat dekati lagi para peminatnya di pelbagai lokasi yang berbeza.


Oh ya lupa nak bagitau Program Jalan-jalan Cari 100 Piza ni bersama stesen radio THR Gegar. Hari tu DJ Nazz pun ada sama. Program tu dimulai dengan penerangan ringkas dari wakil Domino's. Seterusnya kami dihidangkan dengan Domino's pizza!! Yeaahhh memang best sangat-sangat. Lebih cheese lebih sedap. Boleh tarik-tarik lagi. Memang tak tipu. Mabelesss sangat

Jemput tengok ye ✌️

Classified Chicken
Classified Chicken


Spicy Sambal
Spicy Sambal

Cheesy Four
Cheesy Four

Yang ni siapa tak tahu namanya Cheesy Four. Ada Gaclic Cheese Olian, Cheesy Cheddar Stix, Stuffed Cheddar Bites dan Crazy Chicken Crunchies Tomyam.

Cheesy Cheddar Stix dan Stuffed Cheddar Bites ini adalah menu baru! Ciktie dah cuba dah Cheesy Cheddar Stix hari tu. Camni 👍👍 rasanya . Untuk Stuffed Cheddar Bites tu tak sempat. Tengok-tengok dah habis 😆

Tropical Sambal Prawn

Ini pula Tropical Sambal Prawn! Ada rasa pedas-pedas cili sikit. Sedap jugak!! Dah nak kena order ni! Rasa macam nak makan piza lagi la

Cheese Tarik Crust

Dan ini Cheese Tarik Crust! ia baru lagi diperkenalkan. Piza yang ni korang boleh tarik sepanjang mana yang korang nak. Tapi janganlah gelojoh sangat. Slow-slow tarik tu ye 😆😆 Ia punya rasa tu macam ada hmm apa ya. Tak reti nak cakap! Rasanya yang penuh dengan kenikmatan..keju yang melimpah ruah..dan bila setiap kunyahan itu 😊😊 rasanya tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata..yang ni kena cuba baru tahu rasa dia macamana


Sambil-sambil menunggu giliran dan makan piza free tu ada aktiviti menarik menanti pengunjung. Hadiah ia pun menarik juga!! Nak tahu apakah ianya jeng jejeng Cheesy Cheese Tarik Challenge. Siapa berjaya tarik cheese lebih panjang dialah yang menang!!


Kalau korang nak order online Domino's Pizza boleh tau, pergi je dekat sesawang http://www.dominos.com my/ takpun boleh guna talian 1300-888-333 ni. Nak dapatkan info terkini mengenai Domino's Pizza atau lain-lain promosi pun boleh layari sesawang http://www.dominos.com.my/

Sememangnya ciktie pengemar Domino's sejak dulu lagi. Ciktie suka sebab roti ia tak tebal dan yang penting cheese lebih hehe.  I like cheese!! Lagipun bagi ciktie Domino's pizza nI semua based dia rasa cheese.  Yang membezakannya adalah topping ia tu.


Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. cikyan puasa harinih.. lapar pulak tgk pizza.. hahahah

    BalasPadam
  2. Best sgt kn mc tie..domino's pizza lain kali buat lagi..pliss😁😁😁

    BalasPadam
  3. meriah sungguh. tak puas kena makan lagi ni Domino memang tak kedekut cheese.. hii

    BalasPadam
  4. singgah sini.. ^^

    http://mohdnoorshawals.com/

    BalasPadam
  5. Domino's ni makan hari-hari pun tak jemu...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com