Pemenang Gegar Vaganza Musim Ke-4 dan Hadiah Mereka!

Januari 07, 2018
Tahniah Aishah!! Nama kita sama la hehe Patutnya entry ni dah diterbitkan pada tahun lepas tapi dah terbawa ke tahun ini la pula. Takpa tiada masalah la walaupun ceritanya dah basi hehe.. 

Gegar Vaganza Musim Ke-4 yang lalu memang gempak betul hadiah-hadiah untuk pemenangnya kan. Kira cukup berbaloi untuk setiap peserta yang bertanding di pentas akhir hari tu. Syukur,alhamdulillah ada rezeki masing-masing kat situ. Orang kata tak pulang dengan tangan kosong!


Pemenang Gegar Vaganza Musim Ke-4 dan Hadiah Mereka!

Ciktie
Sumber : IG

Selagu Juara Gegar Vaganza Musim Ke-4, Aishah telah berjaya membawa pulang wang tunai bernilai Rm100,000 tajaan Astro dan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire, pakej percutian ke Eropah Timur sumbangan Selamtbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucer membeli belah bernilai Rm6000 sumbangan GO Shop dan juga trofi.

Liza Hanim pula dinobatkan sebagai naib juara yang membolehkan dia membawa pulang wang tunai senilai rm50,000 tajaan Qu Puteh, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire, pakej percutian ke Turki sumbangan Selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry, baucer membeli belah bernilai rm4000 sumbangan GO Shop serta trofi.

Dan, Lan Solo pula berjaya mendapat tempat ke-3!! Nasib baik dia dapat tempat ke-3 kalau tak frust la kita hehe. Ok, Lan Solo juga berjaya membawa pulang wang tunai senilai rm30,000 sumbangan Astro, sebidang tanah lot banglo sumbangan Bina Megah Empire, pakej percutian ke Boracay sumbangan Selamatbercuti.com, barangan kemas sumbangan DSC Gold & Jewelry serta trofi.

Amacam? Gempak tak hadiah diorang.. hadiah musim sebelum ni camne dah ek?? Rasanya gempak juga kan.. Haha sebenarnya kita hanya nak kongsi 3 hadiah kemenangan yang dimenangi oleh juara, naib juara dan tempat ke-3 Gegar Vaganza Musim Ke-4 je! Jangan marah ya


Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Wah bestnya kalau hadiah cmtu. Thniah buat pemenang...

    BalasPadam
  2. haih..klu kita la yang menang..mak aih, tahap loncat2 dah..haha

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com