Sampai dah hadiah kita! Terima kasih Galeri Ilmu Sdn Bhd. 


Kelahiran Teragung Junjungan Mulia Nabi Muhammad saw karya Ustaz Muhadir Haji Joll yang juga penulis buku bestseller Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah dan Q&A Perihal Rasulullah saw. Terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Buku ini mempunyai 2 bahagian. Bahagian pertama ia berkaitan dengan keturunan, nama dan juga keluarga Rasulullah saw dan bahagian kedua berkaitan dengan kronologi perjalanan hidup baginda mengikut tahun dan umur. 

Kalau nak tahu dalam ini dimuatkan juga gambar-gambar tinggalan Rasulullah saw dan juga tempat dimana sesuatu peristiwa itu berlaku contohnya seperti gambar pohon dimana Rasulullah saw pernah berhenti  berehat semasa perjalanan membawa barang dagangan ke Syam, gua dimana Rasulullah saw pernah berlindung selepas mengalami kecederaan dalam Perang Uhud dan banyak lagi. 

Jadi!! Bagi sesiapa yang masih lagi belum dapatkan buku  ini boleh dapatkan sekarang. Tak rugi tau beli buku ini. Harga untuk sebuah buku ini rm60 je untuk Semenanjung Malaysia dan rm62 untuk Sabah/Sarawak.

Sebelum itu jom sesama kenali serba sedikit siapakah sebenarnya Al-Fadhil Al-Ustaz Muhadir Haji Joll.


Merupakan anak kelahiran Kuching, Sarawak. Dilahirkan pada 27 Julai 1976. Mendapat ijazah sarjana muda (Al-Quran & Hadis) dan sarjana (Tafsir Al-Quran) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Pernah bertugas sebagai pensyarah  selama 15 tahun di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebelum menjadi Penasihat Syariah di Galeri Media Group. 

Menjadi kolumnis dalam majalah Q&A Dan Anis. Banyak menghasilkan buku dan antaranya adalah:-
  1. Kenal Untuk Cinta: Biografi Lengkap Rasulullah SAW
  2. Ingin Kubalas Cintamu Ya Rasulullah
  3. Keajaiban Firasat
  4. Kekeliruan Umat; Inilah Jawapannya
  5. Amalan Orang Soleh
  6. Q&A Perihal Rasulullah SAW
  7. Nawaitu Sauna Ghadin






Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »