Adoiii !
Dah taktau sebenarnya kita ni berada dekat mana. Kategori bandar ke tengah-tengah hutan sebenarnya. Yang dikelilingi bukit bukau, tersorok tengah-tengah bukit tak dapat nak capai signal ke apa.
Jiwa guna line internet Umobile
Tau tak sebulan dua ni line phone ni memang amat-amat la mendukacitakan sangat. Stress je rasa.. sampai aje rumah, line internet pun tah ke mana. Keluar jalan besar belakang tu sikit, cantik pula dia. Tapi kawasan rumah ni bukannya terceruk. Kategori bandar la juga cuma nama ajelah kampung kan.
Tak puas hati betul la, sebelum ni kita guna ok je.. sekarang ni hmmm asyik kena gilir tekan icon kapal terbang (mod pesawat) tu nak bagi signal tu timbul. Kena 5 kali tekan kita pun dah naik fedup. Dari terus stress baik kita layan anak mata. Tapi line Umobile ni memang macam ni ke?
Tukar telco
Nak kena tukar telco lagi ke camne ni.. Dari Digi dah tukar ke Umobile. Digi dulu pun camni la tapi untuk call pun k.o juga. Yang ni call ok, takda masalah. Line internet korang ok ke tu? guna line apa? Boleh share-share tak telco apa korang guna untuk internet tu.
Next Post »
0 Ulasan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.