Bismillahirrahmanirrahim
Lamanya kita tenggelam ðŸ¤ðŸ¤. Hari ni dah lastday di bulan September ! Seronok kan cuti-cuti Malaysia bulan ni. Minggu ke-3 off 2 hari sempena Hari Malaysia. 16 September, Hari Malaysia dan 15 September pula tambahan. Minggu last pula off lagi 2 hari sempena Keputeraan Sultan Kelantan.
Alhamdulillah, nikmat sangat rasa fikiran ni.
Bye September
Jalan pun lengang aje..tiada la stress macam kebiasaan hari cuti umum sebelum ni. Kalau tak adoii nak lepas u-turn je pun dah panjang bukan main.
Bulan ni rasanya boleh bilang kot berapa hari aje masuk kerja. Dah lama tak ambil cuti..sesekali ambil cuti. Rehatkan minda tenangkan hati kan. Tapi minggu 1st tu kalut gan APC lagi rasanya. Nantilah free kita cerita pasal majlis tu.
Punch card
Hahaha bulan pertama kena punch card setelah bertahun-tahun. Last punch card masa dekat HQ sebelum dapat k pass. Lepas tu terus guna erakam.
Tipu la kalau tak stress kan, walaupun mesin tu sebenarnya terletak dekat balai pengawal depan tu je. Bukan apa.. kita ni walaupun dah lama drive. Bab parking ni masih lagi terkial-kial. Tak boleh ke kalau letak benda alah tu area dalam-dalam melepasi parking ke.. paling tak cik hitam kita ni dah masuk parking dulu kan 😚
Amboiii memandai-mandai aje kan. Bab kata my boss follow ajelah, untuk kepentingan dan kesenangan kita juga.
Global Sumud Flofilla
Sumud Nusantara
Semua mata telah tertumpu ke sana. Insyaallah, semoga semuanya berjalan lancar. Dilindungi dan dipermudahkan-Nya setiap saat dan detik.
Sepertimana yang diketahui, konvoi misi global Sumud Flofilla dijangka memasuki zon merah petang esok. Semoga tiada pemintasan atau apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku dan semoga semuanya berjaya tiba di Gaza dengan selamat sekaligus menembusi sekatan yang dibuat. Aamiin
Ya Allah
Permudahkanlah dan tutupi mata-mata puak² zionis. Aamiin
Next Post »
0 Ulasan
.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.