Bismillahirrahmanirrahim
Lamanya kita tak bersiaran dekat mana-mana media sosial ni. Facebook dengan Instagram pun buka lebih banyak scroll aje, like aje mana-mana content yang menarik perhatian tu. Cuma blog ajalah agak susah sikit nak luangkan masa. Ikut ke hahaha tapii ada juga la sesekali bw blog sorang dua tu.
Bagus la korang ni.. konsisten je updated blog. Kita hmmm ibaratkan kejap timbul tenggelam bertahun-tahun nak boleh munculkan semula tu. Perghhh payah ngat 😅
Selamat Tahun Baru Hijrah 1447H
Korang dah baca doa akhir tahun belum? Kalau belum sempat lagi ni nak baca. Bukan apa semoga apa yang kita usahakan dan kerjakan tahun ni mendapat keberkatan dan keredhaan dari-Nya kan. Aamiin
Doa Akhir Tahun
Doa Awal Tahun
Semoga pemulaan tahun baru yang bakal bermula juga mendapat keberkatan, keredhaan, perlindungan, keselamatan, kejayaan serta dipermudahkan semuanya. Insyaallah, aamiin
Kita tinggalkan lipatan sejarah 1446H dengan 1001 kenangan. Pahit, manis ianya cuma kita dan orang-orang tertentu je tahu. Semoga apa yang masih tersisa dan masih belum selesai mampu diteruskan dengan lebih baik lagi. Aamiin
Terima kasih buat semua orang-orang baik yang telah hadir mewarnai lipatan 1446 ku. Semoga 1447 ini akan lebih terang, lebih baik lagi buat kita semua. Aamiin
Next Post »
1 Ulasan
Salam maal hijrah 1447
BalasPadam.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.