Sinopsis Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman

Januari 06, 2023

Hmmm.. scroll punya scroll benda sama je yang keluar sejak petang tadi. Hot and spicy betul certa pasal pengakuan anak Yusuf Haslam yang telah beristeri dua tu. 


But bukan pasal dia yang kita nak story dekat sini. Perasan tak dua tiga menjak ni drama-drama tv asyik tayang certa macam lebih kurang je semua. Pasal masalah dalaman rumahtangga, cerai berai, curang, ada orang ke-tiga, cemburu, panas baran, gila talak, gila bayang dan seangkatan dengannya lagi la. Pendek kata lebih kurang sama je sekarang ni. Tapi taktaulah kot kita sorang je rasa camtu kan 😅😅


Nikah, Cerai, Rujuk  ! 

Cina Buta !

Bukan Syurga Pilihan !


Walaupun setiap drama yang ditayangkan itu ada pengajarannya tersendiri, kita pun sebenarnya pun suka layan tetapi bendanya macam lebih kurang sama je. Bezanya mungkin drama yang itu cara pembawanya stail gila-gila sikit, yang tu matang, serius gaya orang dewasa. Memang trend kot buat apa-apa mesti kena sama atau lebih kurang. 


Sinopsis Penghulu Interim, Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman, full episode Penghulu Interim


Penghulu Interim

Setakat ni, drama yang ni beza sikit ! Macam ala-ala Pi Mai Pi Mai Tang Tu #takbosan Memaparkan realiti kehidupan seharian yang dihadapi penduduk flat teringat masa kita duk flat dulu pun ada. Setiap hari isu berlainan yang dibawakan. Macam-macam ragam macam-macam peel, daripada mula-mula pencalonan sebagai ketua sampailah bila dah jadi Penghulu. Macam-macam masalah yang cuba diselesaikan, daripada sebesar-besar isu sampailah ke seremeh-remeh isu. Semalam kes masalah air, sebelum tu pasal kes penipuan skim cepat kaya, kes putus cinta nak bunuh diri. Sekejap tadi kes pinjam duit Along.


Sinopsis Drama Penghulu Interim Lakonan Beto Kusyairy, Nadiya Nisaa, Roy Azman

Drama bersiri 24 episod ini mengisahkan Borhan (Beto), seorang technician kilang yang dilantik menjadi Pengerusi JKK Flat Sri Kenanga mengantikan Pak Ladin yang koma kerana banyak menghisap rokok.

Dia dicemburui oleh Kassim (Roy Azman) seorang peniaga buah dan Zul Speaker (Issey) seorang freelance deejay kenduri kahwin dan tokey set karaoke. Tapi mujurlah ada Pak Abu Pencen (Rosli Rahman Adam) selaku bendahari JKK yang banyak memberi dorongan san semangat.

Sibuk dengan tugasnya menyebabkan huhungannya dengan isteri, Izzah (Nadiya Nisa) seorang nurse hospital kerajaan mula mengalami krisis. Haaa camtulah secara ringkasnya sinopsis drama ni.


Penghulu Interim Full Episode

Episod 01 - Penghulu Interim

Ahli JKK kemudiannya bermesyuarat tentang hal pengurusan rumah flat memandang keadaan Pak Ladin, Pengerusi JKK yang telah koma di hospital. Mereka perlu melantik seorang ketua bagi menguruskan acara Malam Muhibbah yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan. 

Masing-masing memberi alasan untuk menolak jawatan tersebut dan akhirnya mereka bersetuju mencadangkan Borhan yang tidak hadir ketika itu. 


Episod 02 - Penghulu Interim

Borhan yang baru melakukan tugasan sebagai pemimpin terkejut selepas dimaklumkan berkaitan masalah kewangan. Beliau harus bertindak dengan segera memandangkan acara Malam Muhibbah sudah semakin hampir. Beliau mendapat idea dengan mengadakan kutipan derma daripada penduduk dan juga menjual ‘burger’ untuk menjana pendapatan untuk menampung perbelanjaan acara tersebut nanti. 


Episod 03  - Penghulu Interim

Kassim tidak berpuas hati dengan perlantikan Borhan kerana bukan dia yang dilantik sebagai Pengerusi walaupun ketika itu dia sedang memegang jawatan Timbalan Pengerusi JKK. Kassim cuba menghasut Zul untuk bersekongkol dengannya untuk menyingkirkan Borhan dari jawatan baharunya yang dilantik oleh YB Manan. 


Episod 04  - Penghulu Interim

Kassim meneruskan kempen tanda tangan petisyennya dengan memburukkan Borhan di kalangan penduduk. Semakin ramai penduduk termakan dengan hasutan Kassim. Beliau sentiasa memarahi dan menyalahkan Borhan setiap kali terserempak dengannya. 

Disebabkan rumahnya dipecah masuk pencuri, dia mula menyalahkan Borhan tentang isu keselamatan di kawasan apertment mereka.


Episod 05  - Penghulu Interim

Kekecohan berlaku apabila Kassim dan Zul yang terkejut selepas melihat sejumlah kasut yang banyak sebaik mereka masuk rumah Saparuddin. Mereka menahan dan memukul Saparuddin kerana mengandaikan kasut tersebut merupakan kasut penduduk apartment yang hilang. 

Pak Abu bergegas memaklumkan pada Borhan tentang insiden tersebut. 


Episod 06  - Penghulu Interim

Borhan berasa hairan apabila terserempak dengan Kassim yang sedang mengutip derma di kawasan rumah pangsa mereka bagi pihak Ustaz Nizam. Borhan teringat yang Ustaz Nizam sudah pun mengadakan kutipan derma pada minggu sebelum ini untuk pembinaan surau.


Episod 07  - Penghulu Interim

Borhan berjaya memujuk cubaan seorang gadis yang hendak terjun dari dari flat. 


Episod 08  - Penghulu Interim

Rakan Baik Borhan, Pepol kini sedang hebat dilamun cinta dengan seorang gadis yang dikenalinya di internet. Dia mula pakai smart-smart dan bergaya. 


Untuk next episod itu, sempat nanti kita update semula ye. Sekarang nak kena selesaikan kerja lain dulu. Oklah, hingga jumpa lagi korang.

Bye ...


Kredit : Myinfotaip.com



Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. haah byk drama skrg, lebih kurang sama je kan jalan citer dia..akak pun jarang layan drama-drama camtu..malas nak tengok sebab nak jaga emosi sendiri. penghulu interim ni best..akak suka tengok..lebih kurang macam pi mai pi mai tang tu...enjoy je tengok drama ni..tak stres..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com