Sinopsis Cenduai Lakonan Syazwan Zulkifli, Wafariena Roslan

Januari 15, 2023

Laaa..ending dia camtu je !

Chalit mati ke .. Detektif tu pula kenapa tiba-tiba mata merah? Dah kena rasuk dah ke?  


Cenduai 

Sebenanrnya macam tak berapa nak faham juga tengok cerita ni mula-mula tu. Konpius camner dengan mudah, Chalit boleh terpengaruh dengan hasutan tu. Walaupun bukan dia yang bunuh Inang tapi dialah penyebab Inang meninggal, tergelincir jatuh dek terkejut melihat dia.

Tapi sampai hati dia buat Inang camtu sedangkan ayah Inang, Wak Kandar selalu melindungi dia. Inang sendiri pun sebelum ni baik aje dengan dia.


Dalam pada tak berapa nak faham tu. Berjaya juga layan telefilem ni gara-gara terpengaruh dengan posting instagram ni 😅😅


Sinopsis Cenduai Lakonan Syazwan Zulkifli, Wafariena Roslan

Mengisahkan seorang pemuda, Chalit (Syazwan Zulkifly) yang dilahirkan dengan wajah cacat, dipercayai berpunca daripada sumpahan ke atas keturunan ibunya sejak berkurun lamanya. 

Kelahirannya dirahsiakan malahan Bidan Esah yang menyambut kelahirannya juga diugut supaya merahsiakan keadaan tersebut. Dia juga hampir dibunuh bapa kandungnya sendiri yang percaya dia dilahirkan bersama Qarin jahat namun sempat diselamatkan oleh ibunya. 


Kelahirannya juga turut menjadi punca keretakkan rumahtangga kedua ibu bapanya. Ayahnya lari meninggalkan mereka. Sejak kecil, dia dikurung di ruang sempit bawah rumah sehinggalah umurnya mencecah belasan tahun. Pengamatannya terhadap dunia luar hanyalah melalui celahan papan tempat kurungannya. Setelah ibunya meninggal, dia diserahkan kepada Wak Kandar untuk dipelihara. Sejak it juga, dia mula membantu Wak Kandar menggali kubur. 


Suatu hari, dia telah terdengar bisikan Qarin yang mahu “membantu” Chalit untuk keluar daripada kesengsaraannya dengan cara mendapatkan dan menggunakan minyak dagu daripada mayat gadis sunti. 


Semenjak dia menggunakan minyak dagu, berubah menjadi lebih kacak. Dia mula obses untuk mendapatkan lebih banyak minyak dagu.


Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. ada tengok iklan citer ni tapi idak lah nak terpengaruh tengok sebab nampak seremmm...

    BalasPadam
  2. tgk trailer tu..seram tapi mcm best...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com