Khairul Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-Dua

Februari 08, 2023

Lamanya tak update apa-apa dekat sini. Rindu sangat tapi asal nak update taktau nak mula dari mana. Lagipun kebelakangan ini sibuk sikit dengan tugasan hakiki. Sebenarnya tak adalah sangat cuma tak berapa nak ada mood gara-gara komputer kat office tu k.o! Tak boleh nak on, hardisk jadi kosong terpaksalah melepak guna komputer lama sebelum ni. Nasib baik juga tak hantar ke HQ lagi walaupun komputer itupun seringkali k.o, buat hal juga. Tapi  dalam k.o pun settle jugalah kerjaan kita pun tu. Alhamdulillah 🤲🤲


Siapa tengok final  All Together Now Malaysia baru-baru ni? Amacam puas hati tak ?? Tapi kalau tanya ciktie macam tak berapa nak puas hati la. Kebanyakan lagu yang di bawa tu macam tak kena aka tak sesuai je. Tak menyegat sangat dengan suara diorang. Peserta fav kita  Dayah Si Tukang Jahit sebelum ini pun turut kecundang sama. Macam semput je dia malam tu. Kurang best la berbanding sebelum ni.


Khairul Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-Dua 

Akhirnya, daripada 16 peserta yang membuat persembahan Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-2 milik Khairul Nizam ! Tahniah walaupun pada pusingan ke-2 tu cukup mendebarkan saat-saat berkongsi markah 94 dengan pesaing rapatnya tu, Jesper.  

Juara All Together Now Malaysia Musim Ke-Dua, All Together Now Malaysia, Khairul Nizam, Jesper, Lazarul

Tahniah sekali lagi kerana berjaya membawa pulang Rm 50k

Tapi Ciktie suka kedua-dua persembahan Jesper tu, rilek..santai-santai je 👍👍


Persembahan Lazarul pun best juga. Dengan gayanya tersendiri, ingatkan 1st persembahan dia tu dapat markah penuh juga. Terr miss 2 dan untuk persembahan ke-2 dia pula dapat 72 markah. 


Kenapa Juara Je Terima Hadiah All Together Now Malaysia

Juara je yang dapat hadiah bersama trofi ye? Tapi kalau dia buat tiga-tiga dapat hadiah kan atau trofi lagi seronok sebenarnya tu. Terasa macam berbaloi la juga kan.. juri dah ramai, 50 orang dah. Topup sikit lagi untuk hadiah, mesti lagi best macam pertandingan realiti yang lain-lain tu.


 



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com