Kelengkapan Sekolah | Kenapa Pusat Pakaian Hari-hari Jadi Pilihan

Disember 30, 2022

Alhamdulillah.. 

Dah selesai dah beli keperluan sekolah budak berdua ni. Excited nak masuk tahun baru, tetap juga nak beli keperluan sekolah budak berdua ni dulu walaupun sesi persekolahan tahun baru tu bakal bermula Mac nanti. Bukan apa sebenarnya settle awal-awal lagi mudah, tak kelam-kabut kita pun tak stress. Kena pula Pusat Pakaian Hari-hari tu tak berapa ramai orang lagi, so takdalah kita berebut. Saiz dan pilihannya pun masih banyak. 



Pusat Pakaian Hari-hari Lokasi Tumpuan Keperluan Persekolahan

Dengar aje perkataan Pusat Pakaian Hari-hari yang terlintasnya, banyak pilihan dan saiz ! Dan rasanya semua orang suka shoping dekat sini termasuklah ciktie sendiri. Ada pelbagai pilihan kelengkapan untuk seisi keluarga. Ada pakaian untuk sekolah, untuk sukan, ada pakaian untuk orang dewasa, kanak-kanak. Baby pun ada. Kiranya one stop centre untuk semua orang. Lengkap daripada atas sampai bawah. Harga cukup berpatutan dan mampu dimiliki semua golongan.




Kemain happy si kakak bila berjaya juga dapatkan beg sekolah baru tu. Yang penting pink colur ! Sebenarnya ni pilihan ke-2 dia..yang memula tu jenis troli. Sukar sikit la kalau nak bawa ulang alik dengan motor tu. Berat ! macam tak berapa sesuai sangat.  So, mudah minta pilih beg sandang je.


Yang ini pula untuk Si Naufal dan Nazril yang tak dapat ikut. Sebenarnya masuk sini memang rambang mata nak pilih. Semua nampak ok..nampak cantik, itu yang sampai ambil benda yang sama tu. Tapi untuk kasut tu nasib baik muat. Kalau tak memang kena pergi tukar la.  


Kelengkapan Sekolah | Kenapa Pusat Pakaian Hari-hari Jadi Pilihan

  • Mempunyai pelbagai pilihan kelengkapan barangan keperluan sekolah macam-macam ada bukan setakat baju untuk sekolah rendah dan sekolah menengah aje. Tadika dan baju sekolah agama (pelbagai warna) pun ada. Kasut, beg sekolah, track suit, songkak, alatulis, botol air dan banyak lagi la.





  • Jimat masa dan tenaga! Tak perlu nak pergi banyak tempat. Di  Pusat hari-hari telah lengkap semuanya dari atas sampai bawah.
  • Material / fabrik berkualiti dan tahan lasak. Setanding dengan jenama lain. Ada jenis kain licin dan ada jenis cotton. Yang pasti ianya selesa dipakai.

  • Ruang besar dan luas. Mudah nak cari sesuatu barang sebab tersusun elok. Tak perlu nak kena berhimpit walaupun ramai orang.

  • Harga berpatutan dan mampu milik. Boleh dapatkan secara set (berpasangan) ataupun secara berasingan. Ikut kemahuan dan kehendak kita macamana.
  • Tersalah saiz boleh tukar dalam tempoh 7 hari selepas pembelian dibuat. Tapi kena pastikan kita bawa resit pembelian dan jangan cabut tag harganya dulu. 

  • Staf friendly dan sedia membantu. Yang ni betul! Ada masa-masa tu kita nak cepat ataupun tak berapa nak rajin. Jadi, terus je bagitau apa yang kita mahukan.

 

So, dah terbukti kenapa Pusat Pakaian Hari-hari Jadi Pilihan dan tumpuan Keluarga Shoping Keperluan Persekolahan. Memandangkan si kakak bakal menginjak ke darjah 2, jadi keperluan dia tu tiadalah masalah sangat berbanding si Naufal yang baru nak memasuki darjah 1. Dah la tuannya kita tak bawa. Tak pepasal nyaris-nyaris terlupa tali pinggang dah. Budaknya pula jenis halus je. Nasib baik sempat tanya staff diorang tu. Kalau tak memang takda dah.


Cumanya untuk baju sekolah budak lelaki rupanya kena beli asing seluar dengan baju. Ingatkan sama macam uniform pelajar  perempuan maklumlah kita pertama kali.




Oklah untuk keperluan sekolah cuma tinggal peralatan alatulis ajelah. Tapi yang itu tak jadi masalah sangat sebabnya kalau tak silap alatulis si kakak sebelum ini pun masih elok dan boleh digunakan lagi. Botol air pun sama juga. Guna dulu yang mana ada tak elok membazir kan.


Pada korang yang nak beli baju, nak dapatkan keperluan sekolah boleh dapatkan dari 95 cawangan Hari-Hari seluruh Malaysia sekarang! Dengan pembelian rm30 dan ke atas, akan dapat FREEGIFT calendar ! 


Haa tak pasti cawangan Hari-hari di mana ? Boleh layari www.hari.com.my/locator untuk ketahui senarai 25 cawangan Hari-Hari!


Marilah Pergi Hari Hari! 


95 Hari Hari seluruh Malaysia: www.hari.com.my/locator 

Hari Hari Online Store: http://ehari.com.my 

Har-Hari Lazada: https://lazada.com.my/shop/hari-hari  

Hari-Hari Shopee: http://shopee.com.my/harihari 

 #pusatpakaianharihari #marilahpergihariharihari!






Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. murah dan banyak pilihan, tu yang ramai suka shopping kat pusat pakaian hari-hari...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com