Money Games | Game Duit Pupuk Minat Kanak-kanak Berniaga Pratik Kira Wang Urus Kewangan

Disember 15, 2022

Sunyi pula rumah bila budak berdua tu ikut ayah di balik Bachok. Kalau tak masa-masa camni mesti masih perang mulut lagi dengan budak berdua tu. Sorang jenis manja dan seorang lagi jenis nakal. Suka benar mengusik tapi tak tahannya lepas tu gaduh. Menangis 😩😩 

Kita pula yang stress



Money Games | Game Duit Pupuk Minat Kanak-kanak Berniaga Pratik Kira Wang Urus Kewangan

Oo..o.. terjebak juga daku dengan game ni. Korang la punya pasal, ramai-ramai share hari tu tengok apa dah jadi??  

Seronok juga main game masak-masak dalam talian camni. Ralit kita dibuatnya. Dah la tak perlu download. Buka je terus boleh main. Aplikasinya pun tak susah mana. Memang sesuai sangatlah dengan kakak yang fail bab kira duit ni.

Tapi yang ciktie suka sebenarnya ia langsung takda iklan. So, kita bolehlah main tanpa perlu nak kena tunggu dia selesai loading kan. Lagi satu, kita juga boleh buka dengan phone, tak terhad dekat komputer je. Bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Janji ada internet je.


Pilihan Money Games Untuk Kanak-kanak Minat Berniaga

Kalau ikutkan ada banyak kategori Money Games dalam website ni. Game duit untuk kanak-kanak belajar mengira. 


Tapi ciktie lebih tertarik dengan 3 jenis ni. Ala-ala bisnes la..buka kedai, buka cafe camtu. Kononnya nak cuba dulu sebelum pass dekat si kakak tu kakak kalau bab games ni memang laju. Last-last kita yang kusyuk main 🤭🤭 tapi takpa nanti mudahlah sikit nak bagitau dia camner nak main kan.


Pizza Cafe

Cuma perlu sediakan pizza ikut pesanan yang diterima dengan cepat dan layan pelanggan sebelum kesabaran mereka habis. Bahan-bahan semua ada cuma jika tak cukup ataupun kehabisan stok, just klik icon telefon untuk tambah stok. Resepi untuk sediakan pizza, boleh klik icon menu sebelah 'Goal' tu. Dan untuk bolehkan pelanggan awal dapatkan pesanannya, kita boleh serek pinggan kepadanya.


Game Duit Untuk Kanak-kanak, Money Games For Kids


Hehehe banyak kali juga main sebenarnya ni. Jari besar sangat kot itu yang tertekan bahan lain masa sediakan pizza tu. 


Burger Shop

Game yang ni pun best juga, lebih kurang macam Pizza Cafe juga la. Cuma bezanya kita kena sediakan burger ikut bahan yang mana dulu. Dari bawah ke atas bermula dengan meraih dulang kemudian letakkan roti seterusnya salad ataupun daging ataupun  apa-apa je. Ikut pesanan tu tapi tak boleh lambat, ia ada set masa. Kena capai target untuk ke level seterusnya.

Dan sekiranya kehabisan stok bahan, klik syiling untuk menambah stok. 


Game Duit Untuk Kanak-kanak, Money Games


Hidden Food 

ok, yang ini cari objek tersembunyi. Objek-objeknya pun cute-cute je. Sayuran dan peralatan dapur. Permainan ini memerlukan kita fokus Sambil-sambil mencari, sambil-sambil mengira. Dapatlah juga mengenal jenis-jenis sayur serta alatannya tu kan. 



Awal-awal tu mudah ajelah nak jumpa tapi bila masuk level hujung-hujung tu, berpinar jugalah nak jumpa. Objeknya bercampur aduk tapi harapkan ia bergonyang la jika kita tak jumpa tu.


So, inilah antara 3 money games pilihan ciktie. Sebenarnya banyak lagi tau game duit untuk kanak-kanak belajar mengira ni macam Treze Coins (masuk sertakan tukarkan bilangan syiling untuk dimasukkan ke dalam mesin), Treehouse Trouble (macamana nak susun box untuk stabilkan ia),  Idle Money Tree, Cash Back tapi yang itu semua tunggu si kakak pilih nak main yang mana satu.


Kesimpulan 

Secara keseluruhannya selain berseronok, Money Games ini juga sebenarnya mampu memupuk minat kanak-kanak berniaga. Mengurus kewangan, membantu mereka mengira (pratik kira duit), mengurus, memahami, lebih fokus, cuba selesaikan masalah sekali gus membantu mengasah kemahiran sediada yang diorang dimilikinya. 


Ini juga sebenarnya membantu mereka lebih memahami mata pelajaran Matematik yang diajar di sekolah. Haa jangan asyik nampak yang negatif je bila anak-anak main game ni. Kena pada tempat yang betul..hasilnya kita sendiri pun tak sangka.





Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com