Kejayaan 1st Batch Penebusan Awal Ganjaran Cuti Rehat GCR 80 Hari Tahun 2022

Disember 13, 2022

Alhamdulillah, syukur


Kejayaan 1st Batch Penebusan Awal Ganjaran Cuti Rehat GCR 80 Hari Tahun 2022

Dengan terbalasnya wasap kita tadi. Terjawab sudah semuanya. Keenam-enam permohonan gcr yang kita urus hari tu dah sampai ke penghujung. Tampal sini siap-siap supaya jadi ingatan kemudian hari. Sekarang inipun masing-masing tengah sibuk isi permohonan gcr untuk tahun ni. Ok, payment pun dah di kreditkan ke akaun masing-masing dah 😃😃 thanks a lot kepada semua team yang terlibat terutamanya team unit persaraan *termasuk mereka yang dah bertukar keluar tu sebab banyak membantu walapun dibebani tugasan hakiki daripada awal-awal sebelum ada apa-apa sampailah semuanya selesai hari ini. Sebelum last day tutup akaun esok.


Tiada apa yang lagi seronok sebenarnya jika apa yang kita buat membuahkan hasil kan. Tak kisah la apa pun yang kita kerjakan. Terasa macam berbaloi sangat walaupun terpaksa menunggu lama satu-satu prosesnya ialah ramai yang mohon kan Sebaik je dapat info surat kelulusan JPA dah sampai ke HQ hari tu, tipulah jika kita tak tercuit kot dibuatnya sohih khabar angin yang bertiup kencang mengatakan payment tu akan dapat next years walaupun info yang kita dapat sebenarnya bukan camtu. 


Kronologi Kejayaan 1st Batch Pemberian Awal Ganjaran Cuti Rehat (GCR) 80 Hari 


Apapun tahniah buat kesemua penjawat awam yang telah berjaya memohon ganjaran cuti rehat 80 hari tahun ni. Gunalah duit ganjaran korang itu sebaiknya. Jangan pula asyik nak menjoli, berbelanja yang bukan-bukan. 

Dan pada penjawat awam yang lain, kalau teringin nak rasa juga duit ganjaran ni jangan lupa simpan cuti untuk gcr. Jangan harap nak rasa orang punya pula. Semoga kejayaan ini sedikit sebanyak memberi semangat kepada kita untuk menjadi pengguna cuti yang bijak. 





Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Kenapa tulisannya kejap kecik kejap besar. Apapun tahniah semua yang berjaya

    BalasPadam
  2. wah sonoknya..dpt duit ni kena beringat, sat gi sakan joli..hehe..akak punya gcr lamberttt lagi nak cecah banyak tu..hehe..#sukacuti...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com