Takziah Semua.. Abam Bocey Dah Tak Ade - Ciktie Dot Com

Breaking

adsense 7hb11

Wednesday, February 12, 2020

Takziah Semua.. Abam Bocey Dah Tak Ade


Kelmarin kita dikejutkan dengan pemergian Allahyarham Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan (32 tahun) ke rahmatullah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan hambanya yang beriman. Aamiin.



Takziah Semua.. Abam Bocey Dah Tak Ade

Seperti orang lain, macam tak percaya apabila berita ini disampaikan oleh salah seorang officemate pagi Isnin tu. Ingatkan abang kepada Abam ataupun gurauan kasar netizen di media sosial tapi bila dia dah beria bagitau siap eja kan lagi namanya tu. Terus ajelah buka internet.

Innalillahiwainnalillahirajiun .. takziah kepada semua keluarga arwah. Tak lupa juga kepada Fad dan Achey, 2 ahli kumpulan Bocey. Semoga terus tabah dan kuat semangat.

Achey dan anak arwah Abam

Pemergian arwah betul-betul satu kehilangan.  Ianya bukan sahaja dirasai oleh keluarga, rakan artis ataupun peminatnya saje tapi turut dirasai oleh semua orang. Terkejut, terkedu, sedih semuanya ada tapii bertuahnya dia. Penghujung perjalanannya begitu istimewa. Beribu-ribu orang datang memberikan penghormatan terakhir kepadanya.





Setiap ruang masjid dipenuhi orang dan banyak kisah-kisah baik mengenainya tersingkap selepas pemergiannya. Kita yang melihat, mendengar dan membacanya pun turut terkesan dengan kehilangannya.







ABAM IS MY MOST FEVERET PELAWAK.. . Coach masih slow nak hadam yang abam dah tiada.. walaupon tak kenal dia in personal pon.. saya mmg minat dgn kumpulan Bocey! . Pemergian dia mmg sungguh mengejut.. ramai orang tersentak, terkejut, terkelu.. . Dan lagi mengharukan, kehadiran ramai orang sewaktu solat jenazah beliau semlm.. masyaAllah.. luar biasa.. kan kan.. . Iktibar daripada kematian Abam Bocey ( Syed Omar) , kelihatan ribuan menyolati jenazahnya, mendoakan serta menyebut kebaikannya. Arwah rapat dengan para asatizah, pandai menghormati orang lain terutama ilmuan, menyintai dan berbakti pada ibunya. Sikap suka menceriakan orang lain dan tidak berkira. Semoga kebaikan ini sebagai bekalan arwah dialam sana. Ramai pula hari ini kawan-kawan asatizah meletakkan gambar mereka bersama abam Bocey dan menceritakan kebaikan arwah. Rasanya inilah solat jenazah anak seni paling ramai dalam sejarah negara kita.. . Rezeki kita.. amalan kita, terletak pada 'KEBAHAGIAAN DAN MEMULIAKAN ORANG LAIN' itu sudah terbukti, tertunjuk dah depan mata.. lihat saja apa yg berlaku pada Abam kan.. . Jom kita yg masih hidup, sama-sama muhasabah diri.. jom kawan2.. . . #coachhardiana #projekkurusonline #bodytransformationonlinecoaching #abambocey #bocey
A post shared by PROJEK KURUS ONLINE (@hardiana_fitmama) on



Kita baik orang sayang !

Semasa hayatnya, arwah lebih dikenali sebagai anak yang baik kepada ibunya, bertanggungjawab kepada keluarga, adik beradik. Tidak berkira, suka bersedekah dan menghadiri majlis ilmu. Tiada lagi telatah dan gelagat cerianya tu

Orang Baik Ramai Yang Sayang



Terputus sudah  di antara kita, berbeza sudah 2 dunia. Terkesan sangat 2 baris lirik lagu SiKasih ni. Arwah yang meninggal disebabkan demam panas disedari oleh isterinya ketika ingin mengejutkannya dari tidur. Semoga kebaikan dan teladan kisah arwah menjadi contoh dan ikutan buat kita semua. In Shaa Allah, aamiin.


Masih lagi tak percaya..begitu cepat semuanya berlaku.


3 comments:

  1. Salam takziah buat keluarga arwah abam, sedih macam tak percaya. semoga isteri arwah dan keluarga kuat :(

    ReplyDelete
  2. Masih terkesan sebenarnya.
    Arwah tak pernah riak and canang segala amalan yang dilakukan maka ramai yang sanjung, terhutang budi dan menyayangi abam. Moga dia tenang dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman.

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************