Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Sudah Boleh Dibuat - Ciktie Dot Com

Breaking

adsense 7hb11

Saturday, February 1, 2020

Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Sudah Boleh Dibuat


Haii, assalamualaikum dan selamat petang korang. Alhamdulilah, bertemu lagi kita kali ini. Sekejap je masa berlalu. Februari datang lagi. Dan semoga sinar keceriaan dan kebahgiaan akan turut menyinari hidup kita semua sepanjang bulan ini. In Shaa Allah, Aamiin.

Pengemaskinian Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 Sudah Boleh Dibuat

Bermula 1 Februari 2020 sehingga 15 Mac 2020, pengemaskinian Bantuan Sara  Hidup 2020 (BSH) sudah boleh dibuat. Berbeza dari tahun lepas, bukan semua penerima BSH fasa pertama dikehendaki untuk membuat pengemaskinian semula tetapi jika terdapat perubahan maklumat  yang perlu dikemaskini je. Maknanya dekat sini, jika tiada apa-apa perubahan pada permohonan sebelum ini, penerima BSH fasa pertama tidak perlu membuat sebarang pengemaskinian.


Proses permohonan dan pengemaskinian ini juga ditumpukan kepada mereka yang layak berdasarkan syarat BSH 2020 tetapi tidak diluluskan untuk BSH 2019. Ia termasuklah kategori baharu BSH 2020 seperti yang diumumkan dalam ucapan belanjawan 2020 untuk golongan bujang yang berumur 40 tahun dan ke atas. Untuk membuat membuat permohonan ataupun pengemaskinian, boleh layari bsh.hasil.gov.my

Pemohon tidak perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 ssekiranya:-
  • Permohonan BSH 2019 yang lulus dan tiada sebarang perubahan maklumat.
  • Pemohon Orang Kurang Upaya (OKU) yang tersenarai sebagai penerima eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) seperti Elaun Pekerja Cacat Bantuan Penjagaan OKU, Bantuan OKU tidak berupaya bekerja ataupun Bantuan Orang Tua.

Pemohon perlu membuat Permohonan Baharu / Kemas Kini BSH 2020 sekiranya:-
  • Pemohon yang belum membuat pendaftaran 
  • Permohonan BSH termasuk kategori Baharu
  • Permohonan BSH 2019 tidak lulus tetapi menepati syarat kelayakan BSH 2020.
  • Permohonan OKU yang tidak tersenarai sebagai Bantuan JKM dan menepati syarat kelayakan BSH 2020.

Pembayaran BSH 2020

Seperti yang diketahui, pembayaran fasa pertama Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 sebanyak Rm300 telah dikreditkan terus ke dalam akaun bank setiap penerima yang berdaftar pada 20 hingga 22 Januari yang lalu. 

Untuk fasa seterusnya ia dijangka dibuat pada *akan dikemaskini 


Kategori Orang Bujang

Syarat BSH 2020

Pemohon
Bujang
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Jumlah pendapatan bulanan rm2,000 kebawah
  • Lelaki atau perempuan 
  • Berumur 40 hingga 59 tahun atau OKU yang berumur 18 hingga 59 tahun.


Kategori Isi Rumah

Isi Rumah
Pemohon
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia sahaja
  • Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua keluarga dan menetap di Malaysia.
  • Pendapatan bulanan isi rumah rm4,000 dan kebawah


Pasangan
  • Warganegara Malaysia (MyKad)  atau memiliki pengenalan Malaysia (MyPR) / (MyKAS)
  • Bukan warganegara Malaysia (Selain pengenalan (MyPR)/ (MyKAS)


Anak
  • Hubungan mestilah anak kandung (termasuk anak tidak sah taraf) atau anak angkat yang yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sahaja
  • Memiliki MyKad/ MyKid sahaja
  • Tidak berkerja atau tidak mempunyai sumber pendapatan 
  • Berumur 17 tahun dan kebawah dan Berumur 18 tahun ke atas bagi pelajar sepenuh masa di IPTA/ IPTS




4 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************