Sinopsis Drama Seadanya Aku Slot Akasia TV3 - Ciktie Dot Com

Breaking

Sunday, February 16, 2020

Sinopsis Drama Seadanya Aku Slot Akasia TV3


Tinggal beberapa episode je lagi sebelum drama yang di adaptasi dari novel Seadanya Aku karya Rissa Ahdiya di slot Akasia TV3  ini melabuhkan tirainya.

Dah nampak dah siapa sebenarnya Si Wina tu disebalik sikap lemah lembut, baiknya dia kepada Aufiya. Siapa sangka kawan yang kita anggap macam saudara sendiri sanggup aniaya kita. Memang kesian betullah Aufiya dapat kawan macam tu. Sanggup diupahnya orang perkosa kawan baiknya sendiri gara-gara cemburu dengan perhatian yang diberikan orang lain terhadap kawan baiknya tu.


Secemburu manapun kita terhadap seseorang janganlah sampai kita sanggup niaya orang tu. Doakan keburukannya pun jangan ye..

Sinopsis Drama Seadanya Aku Slot Akasia TV3

Segalanya seakan hancur apabila dihari perkahwinan Taufik (Redza Rosli) tunangan Aufiya (Zara Zya) tidak hadir kerana tidak boleh menerima kisah silam Aufiya. Janjinya untuk menerima diri tunangannya itu seadanya hanya tinggal janji.


Disaat buntu, muncul Zarul (Azlee Khairi) tunangan sahabat baiknya, Wina (Elvina Mohamad) menawarkan diri sebagai pengganti menyelamatkan maruahnya di hari pernikahan. Aufiya menerima bantuan Zarul walaupun rasa bersalahnya kepada sahabat baiknya Wina.  Perkahwinan itu tidak dapat dihebahkan hatta kepada kawan baiknya sendiri kerana yang menjadi suaminya itu hanyalah sekadar pinjaman. Pinjaman seorang sahabat yang dikhianatinya dalam diam.

Hati Aufiya mula berdolak-dalik, antara suami dan sahabat yang dikasihi. Sikap Zarul yang melindungi dan menerima dia seadanya tanpa sebarang syarat mula membuatkan hatinya terbuai. Tapi Wina itu sahabatnya yang paling baik. Melukakan Wina umpama melukakan hati sendiri. Persahabatan baiknya dengan Wina dan Zureen (Dayana Roza) telah terjalin  sejak zaman sekolah dan sampai ke alam pekerjaan mereka masih bersama dan tinggal bersama. Namun tanpa disedari sebenarnya wujud perasaan cemburu antara mereka. Semuanya mula terbongkar satu persatu apabila Wina mula mendapat tahu siapa sebenarnya suami Aufiya.


Kesian Aufiya.. tapi yang bestnya watak si Zureen itu la. Last-last dia bertemu juga dengan jodohnya tu. Tak perlu nak pening-pening dah 😉







1 comment:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************