SINOPSIS MAAF TAK INDAH

Februari 26, 2020
Lepas satu..satu drama yang menjadi ikutan ni. Apa cerita sebenarnya ye. Gara-gara member office bagitau suruh tengok cerita ni hari tu terus melekat hahaha..

Walaupun mula-mula tengok tu geram tambah tak berapa suka sangat dengan watak Azar Azmi dalam tu. Kahwin tapi taknak anak. Takut gemuk! Tak cantik..serabai..suami cari lain. Alahaiii tambah tak best pula bila dia layan suaminya tu camtu bila dah tau dia mengandung 3 bulan. Pastu kesianlah pula dekat dia..dah la suaminya buat dia macam tak wujud. Ayahnya pula layan dia camtu pulakk.


Walaupun tak minat sangat Azar Azmi ni tapi jalan cerita ainya ni best juga. Drama 18 episode yang diadaptasi dari karya Emy Roberto ini turut menampilkan Fizo Omar, Ruhainies, Mustapha Kamal dan ramai lagilah selain Azlee Khairi dan Azar Azmi sebagai teraju utama. So, siapa yang layan cerita ni kita genglah. Tapi dalam geng-geng pun ada juga yang ciktie skip tak sempat nak layan episode drama ni

SINOPSIS MAAF TAK INDAH 

Rumah tangga Syazan (Azar Azmi) dan Raimie (Azlee Khairi) yang bahagia tiba-tiba berubah apabila Syazan disahkan mengandung. Ketika itu barulah mereka sedar rupanya keinginan mereka adalah berbeza. Raimie begitu inginkan anak. Tak tergambar gembiranya dia menerima berita tersebut kerana itulah impiannya selama ini tetapi tidak pada isterinya. Bagi Syazan anak hanyalah satu bebanan. Dan itulah pengalaman terburuk yang dirasai dalam hidupnya.

Tindakan Syazan untuk mengugurkan kandungannya pada trimestaer akhir melalui kaedah 'late term abortion' telah menyebabkan mereka hampir kehilangan anak yang dikandungnya itu. Tetapi apabila dia mula sedar, waktunya sudah terlambat. Dia kehilangan semuanya, bahagia rumahtangga mereka musnah sekelip mata. Raimie pergi membawa anak mereka dan menjalin hubungan dengan Zila (Ruhainies).

Bercinta dengan orang lain dan kahwin dengan orang lain - Syazan 

Setelah lima tahun, mereka dipertemukan semula atas urusan kerja dan Syazan merayu agar dia dibenarkan untuk berjumpa dengan Adam. Raimie membenarkannya dengan syarat Syazan tidur bersamanya. Demi kasih seorang ibu, Syazan bersetuju dengan syarat bodoh bekas suaminya  itu.

Raimie sebenarnya masih menyayangi Syazan dan dia tidak bermaksud untuk berlaku jahat terhadap bekas isterinya itu. Tanpa disedari, Raimie sebenarnya tidak mengetahui kewujudan anak mereka, Tia.

Pelakon lelaki Maaf Tak Indah

Tapi tak sukalah dengan watak Raimie dalam cerita tu. Macam kejam sangat. Betullah Syazan dah buat silap. Dah menyesal dan bertaubat dah..janganlah dipisahkan anak dan maknya tu. Dimalukan pula isterinya tu depan-depan cousin dia tu. Si cousin dia tu pula memang sah-sah jenis yang tak berapa berkenan dengan si isterinya tu pula.

Tapi mak dan ayah Raimie tu best. Baik sangat. Bertuah Sha dapat mak dan ayah mertua camtu.

Kan best kalau ending ia tu, Syazan tu dengan Jai (Fizo Omar) je. Biar padan muka si Raimie tu. Ego sangat. Barulah macam kena dengan tajuknya tu 🤭🤭 Maaflah ter emo pula sinopsis kali ni hahah








Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com