Tudung bawal satin

Ogos 27, 2018
Tudung bawal satin | Tambah 2 helai lagi koleksi tudung kita !! Berkenan tengok corak tepinya itu yang terpikat. Mula-mula tu dah tawar hati dah sebab dah terbeli tudung bawal satin jenis kain yang sedikit keras dan menyebabkan telinga ni rasa tak selesa. Lagipun masa beli tu tudung ni tiada sebarang corak pun dekat tepinya tu. Kemudian lama-lama ada penambahbaikan dah.

Warna nat




Pink belacan

Inipun nasib baik officemate yang tolong belikan. Masa pergi Kuala Lumpur awal bulan hari tu tak sempat nak beli. Main lalu je area Jalan TAR tu sambil-sambil tengok koleksi tudung terkini. Tapiii maa tu dah malam. Sedar-sedar dah terlepas jauh gerai-gerai yang jual tudung bawal ni.. nak patah balik dah sanggup nak melangkah. Penat sangat ! Dari tengahari lagi berjalan tu lagipun dah lama tak berjalan jauh camtu hahaha terasa nak patah jari-jari kaki pun ada hikhik

Koleksi tudung

Sempat nanti kita cerita apa sebenarnya dah jadi hari tu ye. Sekarang kita nak tunjuk tudung bawal satin yang tengah viral sekarang ini. Dekat Jalan TAR sehelai ni dalam rm15 - rm18 camtulahh. Dekat sini pun ada cuma itulah tak sempat nak keluar pusing-pusing pasar apatah nak ke KB. Ada je kerjaan nak dibuatnya.. Lagipun risau juga karang terbeli yang lain. Koleksi tudung kat sini ada macam-macam. Manik, bunga, jenis sarung, riben macam-macam lagilah. Kita pula jenis cepat cair tengok tudung cantik-cantik ni.

Kelabu

Bukan koko

Amacam, cantik tak warna ni?? Sebenarnya ciktie suka warna pink belacan dengan kuning air tu tapi sebab tak tahu nak bagitau warna sebenar kuning air yang kita nak tu terus tukar ke warna kelabu. Sekali officemate snap gambar warna nat. Cantik !! Terus jadi tapi warna pink belacan tu terpaksa jual dekat my sis sebab banyak sangat warna tu dalam koleksi tudung ni.

Tudung yang ni bukan je senang nak bentuk ! Saiznya tak besar dan tak juga kecil. Biasa ajelah..dan yang paling penting ia tak menyebabkan telinga kita rasa terganggu !!

Tudung viral










Share this :

Previous
Next Post »

7 ulasan

  1. sha beli jugak bawal satin yang tebal tu T.T rasa pekak je bila pakai hmmm

    BalasPadam
  2. rabia dapat free tudung satin ni masa pergi vfest

    BalasPadam
  3. betul, kalau pakai satin mesti rasa tlinga cam pekak skit.hehe
    lawa warna yg ciktie beli ni

    BalasPadam
  4. comey bawal satin ni :D

    tahniah taw berjaya masuk bloglist syaza.

    ni link dia : bleh check kat list :)

    https://www.vitaminsyaza.com/2018/08/giveaway-vitaminsyaza.com-shaklee-melaka.html

    BalasPadam
  5. Wah, cantik la tudung bawal satin ni...

    BalasPadam
  6. comeynyeee...lama dah berkenan kelim tepi gitu..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com