5 jenis pekerjaan yang tidak di ketahui sebenarnya menggunakan WD-40

Ogos 11, 2018
5 jenis pekerjaan yang tidak di ketahui sebenarnya menggunakan WD-40 | Ia hampir ditemui di setiap garaj ataupun bengkel di seluruh dunia, WD-40, bermaksud Water Displacement Formula (Menghilangkan kelembapan) yang berjaya disempurnakan pada percubaan ke-40, sering dikaitkan dengan penjagaan dan penyelenggaraan automotif, sebenarnya mempunyai beribu kegunaan.

Water Displacement Formula

Salah satu fungsi utama, seperti namanya “Water Displacement” ia bertindak sebagai pencegah kelembapan dan kakisan, ia juga boleh digunakan sebagai pembersih gris dan kesan gam yang melekit, pengilat, dan juga pelarut (untuk melarutkan bahan jenis polikarbonat atau lilin).

Fungsi – fungsi ini menjadikan WD-40 produk yang hebat untuk tukang emas, ahli sukan, pengumpul duit syiling, pembuat kasut, dan pemuzik!

Water Displacement Formula

Untuk tukang emas, WD-40 berfungsi sebagai pengilat untuk barang perak supaya kembali bersinar, dan membantu membersihkan dan mencegah karat pada barang kemas.

Kegunaan lain Water Displacement Formula

Water Displacement Formula

Untuk ahli sukan, senarai perkara yang boleh dilakukan oleh WD-40 boleh mencapai beberapa halaman. Ia boleh melincirkan dan membersihkan peralatan sukan (sama ada golf, raket atau tongkat kayu) dan melindunginya daripada berkarat, menyingkirkan kelembapan (rantai basikal, peralatan menyelam skuba dan bahagian bot) membantu melancarkan brek kasut roda, sekali gus menghentikan gangguan pada mesin sukan anda, dan banyak lagi.

Water Displacement Formula

Untuk pengumpul syiling, WD-40 telah digunakan selama bertahun-tahun untuk membantu membersihkan syiling lama dan mengembalikan kilauan asalnya, tanpa menghakis permukaan atau merosakkan reka bentuk syiling terbabit.

Water Displacement Formula

Untuk pembuat kasut, WD-40 membantu menyingkirkan kesan lilin yang digunakan pada kasut, melincirkan cangkuk kasut, menjadikan kasut kulit yang lama lebih lembut dan lentur semula, mengembalikan kejernihan kasut plastik, membaiki peralatan pembersih kasut dan melincirkan gandar (roda) pada penggilap kasut.

Water Displacement Formula

Untuk pemuzik, WD-40 amat popular di kalangan pemuzik untuk penjagaan alat muzik. Menurut pengguna yang sudah tertahun-tahun menggunakannya untuk penjaggaan instrumen menyatakan bahawa tali instrumen boleh tahan lebih lama jika dirawat dengan WD-40. Ia juga membantu melincirkan skru penala 'halus' pada instrumen bertali, mencegah tali piano daripada berkarat, dan membersihkan rak muzik.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai WD-40, sila layari https://wd40.asia






Share this :

Previous
Next Post »

9 ulasan

  1. Biasanya abam Kie gunakan minyak ni utk menghilangkan kesan karatn melicinkan engsel pintu.

    BalasPadam
  2. Produk serba guna ni.. ada simpan khas untuk bengkel

    BalasPadam
  3. Wah bagus la wd40 ni, kena cari la...

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ahaa la kan.. bukan ketahui tapi diketahui sebenarnya. Nanti saya perbetulkan ye

      Padam
    2. Alamakkk sorii terdelete pula komen tu

      Padam
    3. Banyak fungsi gak eh benda ni

      Padam
  5. Banyak betul kegunaan wd40 yang kita tak tahu yer

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com