Lamanya tak layan cerita hidustan. Kalau layan cerita hidustan ni tetiba teringat macam hari Sabtu! Kalau dulu TV3 suka siarkan cerita hidustan ni setiap hari Sabtu pukul 2 petang. So, duduklah depan tv tu diam-diam sama-sama menghayati cerita yang ditayangkan tu. Masa tu zaman kegemilangan hero-hero khan la. Kalau bukan Shah Rukh Khan, Amir Khan tak pun Salman Khan. Memang seronok la masa tu..kecil besar semua berkumpul depan tv. Ada yang terbaring la dan ada yang duduk menyandar kat dinding.

Apa yang pasti ciktie ingat masa tu semua dah makan siap-siap. Jadi masa menonton tu tiada lagi gangguannya hehe. Daya penarik sesebuah cerita tu pula bukan setakat pada jalan cerita je tapi juga pada siapa hero dan heroinnya. Lagu-lagu dan tarian ia pun best! 



Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »