Langkah Menguruskan Pelan Persaraan Anda

November 28, 2022

Bestnya tengok life akak sorang tu sekarang ni. Memang jauh sangat bezanya banding masa masih dalam perkhidmatan. Asyik travel je sana sini. Seronok sangat tengok. Bertuah kan bila sudah bersara tiada komitmen lain macamtu. Itulah untungnya jika kita bijak merancang kewangan. Ehhh korang dah merancang pelan persaraan untuk masa hadapan?  Kalau belum tu, jom ketahui langkah menguruskan pelan persaraan agar hidup kita lebih terjamin.


Pelan persaraan, persaraan berhemah, menabung konsisten setiap bulan, Langkah Menguruskan Pelan Persaraan Anda, Takaful Ikhlas, simpanan, kewangan,


Pelan Persaraan Berhemah

Sekarang ini nampaknya ramai yang dah mula bersedia untuk merancang pelan persaraan pada masa yang akan datang. Ada yang sudah mula menyimpan, ada yang mengkaji semula pelan awal dan ada juga yang menambah wang simpanan! 

Namun, masih terdapat ramai orang yang tidak tahu cara untuk bermula merancang. Hal ini amatlah penting atas kerana ia akan menentukan kehidupan kita setelah meningkat usia nanti. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah yang boleh kita ikuti untuk pelan persaraan anda, teruskan membaca untuk mengetahuinya.


Langkah Menguruskan Pelan Persaraan Anda

Menabung setiap bulan dengan konsisten

Kebanyakan orang mengeluh kerana selalu gagal untuk menabung. Kita seharusnya berdisiplin dengan menyimpan wang secara konsisten setiap bulan. Apabila kita sudah terbiasa menyimpan, secara tidak langsung ia memupuk amalan menabung dan menjadi tabiat dalam diri kita. 

Sebulan tak menyimpan terasa semacam sangat. Percayalah, tabiat ini pasti akan membantu kita selepas kita bersara nanti.


Mulakan dari sekarang

Mulakan dari sekarang ! Janganlah nak tunggu apabila hendak bersara baru mula menyimpan. Kita boleh memulainya dari sekarang. Lebih awal kita mula, lebih banyak yang boleh kita simpan, walaupun dengan jumlah yang kecil. Apa orang kata sikit-sikit lama-lama jadi bukit. 

Bukan itu aje, kita juga boleh melabur agar ia boleh berkembang dan menjana pulangan yang lebih tinggi dalam jangka masa yang panjang. 


Utamakan pelan persaraan 

Ramai yang terlepas pandang akan perancangan persaraan atas komitmen-komitmen lain antaranya, beli rumah ataupun simpanan melanjutkan pelajaran untuk anak-anak. 


Tujuan utama pelan persaraan ini sebenarnya untuk membuat pelan simpanan agar kita dapat mengumpul dana yang mencukupi untuk kegunaan kita setelah bersara nanti. Kiranya macam simpanan persaraan hari tua la macam kwsp.

Mampu mengekalkan gaya hidup serta bebas daripada kekangan kewangan semestinya menjadi impian setiap orang setelah bersara. Kehilangan sumber pendapatan bulanan yang stabil sedikit sebanyak membimbangkan untuk menjamin keselesaan hidup kita setelah bersara. Oleh itu, utamakan persaraan agar kita dapat membantu memudahkan  pengurusan kewangan apabila sudah tua nanti. Hal ini tidaklah sesukar mana sebenarnya cuma kita kena berdisiplin untuk melakukannya. 


Kesimpulan

So, sudah tiba masanya untuk kita mengkaji semula pelan persaraan kita. Walaupun waktu persaraan kita masih jauh, jangan lupa untuk ikuti langkah-langkah ini untuk persediaan kita mengharungi zaman persaraan kita kelak. Rancanglah pelan persaraan anda berhemah, dengan matlamat yang betul kita pasti akan dapat hidup dengan selesa dan tenang bersama keluarga setelah bersara nanti.


Selain itu, jangan lupa untuk mendaftar pelan simpanan dengan Takaful IKHLAS sekarang! Takaful Ikhlas sedia membantu. Layari laman web https://www.takaful-ikhlas.com.my/category/saving untuk ketahui dengan lebih lanjut.



Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Untung pesara kerajaan
    Dah bersara pun masih ada pendapatan tetap

    BalasPadam
  2. good sharing cik tie..akak dlm kategori yang susah benor nak menabung tu..kena paksa diri buat jugak ni...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com