Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 | Pengiktirafan Guru Luar Biasa

Jun 21, 2022

 Hiii korang, bertemu lagi kita. 


Alhamdulillah, tak terlambat lagi untuk ucapkan Selamat Hari Guru buat semua insan yang bergelar cikgu. Apapun bidang ataupun pelajaran yang diajar sesungguhnya tanpa insan yang bergelar cikgu, tidak mampu kita berdiri sebagai apa-apa pun yang kita jadi hari ini. Terima kasih cikgu kerana bersabar dengan 1001 macam kerenah dan peel anak muridnya. Jasa kalian amat kami semua hargai.


Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 | Pengiktirafan Guru Luar Biasa 

Bagi menghargai jasa dan peranan para guru yang 'luar biasa' di Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutamanya dalam meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan anak murid, baru-baru ini McDonald's Malaysia telah mengumumkan 25 penerima anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 sempena sambutan Hari Guru tahun ini. 

Tahniah cikgu-cikgu semua. Anda sememngnya hebat !


25 Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald's diumumkan sempena sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 | Anugerah Tahunan Guru Inspirasi McDonald's Malaysia

Anugerah yang memasuki tahun ke-6 penganjurannya ini, sebenarnya telah menerima lebih daripada 5,600 pencalonan bermula 10 Mac hingga 2 April 2022 yang lalu. Terdapat lebih peningkatan pencalonan berbanding sebelum ini. Tetapi daripada keseluruhan pencalonan yang diterima, hanya 25 pemenang telah berjaya dipilih berdasarkan komitmen “luar biasa” mereka dalam mendidik anak-anak bangsa negara.


“McDonald’s memperkenalkan anugerah tahunan ini sebagai salah satu inisiatif dan komitmennya dalam menyumbang kepada masyarakat di sekitar lokasi operasinya dengan mengiktiraf guru ”luar biasa” yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara melalui pendidikan. Setiap guru adalah unik dan dapat memberi inspirasi secara tersendiri. Kami telah melihat peningkatan jumlah pencalonan sebanyak lebih 1,200 berbanding tahun lalu. Kisah luar biasa yang diterima adalah tanda komitmen tidak berbelah bahagi para guru dalam melaksanakan tanggungjawab mereka melebihi tugas-tugas hakiki demi mendidik murid-murid secara menyeluruh,” kata Puan Hajah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.


Dengan didikan dan asuhan guru, semua murid mampu berkembang sebagai individu yang seimbang dan memenuhi potensi diri mereka. Walaupun menghadapi situasi sukar 2 tahun kebelakangan ini dengan sekatan pandemik yang memberi kesan kepada pengalaman pembelajaran normal murid. Namun, kisah yang diperolehi hasil pembacaan berdasarkan pencalonan diterima sejak bermulanya pandemik menunjukkan betapa kukuhnya semangat kemanusiaan dan para guru yang menjadi pemacu utama sistem pendidikan negara. 



Jadi, semasa kita memasuki fasa peralihan endemik usahlah kita lupa semangat serba boleh yang terpahat dalam diri para guru, penyesuaian yang dilakukan dan daya tahan yang ditunjukkan mereka dalam menjalankan tanggungjawab mereka terutamanya ketika melalui masa-masa yang tidak menentu. Itulah detik yang cukup mengharukan dan membanggakan sebenarnya.


Hadiah Pemenang Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022  

Setiap pemenang menerima wang tunai bernilai RM5,000 dan sebuah trofi. Ianya telah disampaikan oleh YB Datuk Dr Radzi Jidin, Menteri Kanan Pendidikan yang merupakan tetamu kehormat majlis tersebut.


Pemilihan Pemenang & Penghargaan Pencalonan

Sejak dilaksanakan dan diperkenalkan pada tahun 2017, Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s telah disampaikan kepada 131 guru yang menjalankan tanggungjawab melebihi tugas hakiki dalam mendidik, memotivasi dan memberi inspirasi kepada generasi masa hadapan negara. Mereka telah dipilih oleh panel juri yang terdiri daripada wakil McDonald’s, pegawai KPM dan juga pihak media. 

Pencalon untuk pemenang anugerah ini juga sebenarnya turut menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200 sebagai tanda penghargaan. Untuk ikuti kisah guru yang dicalonkan oleh rakyat Malaysia untuk Anugerah Guru Inspirasi McDonald's tahun ini boleh klik https://www.anugerahguruinspirasimcd.com/bm/view_nominate.

McDonald’s Malaysia meraikan Sambutan Hari Guru

Sempena meraikan Hari Guru juga, semua 318 restoran McDonald’s di seluruh negara akan menganjurkan parti Hari Guru pada bulan Mei dan Jun ini. Justeru kru restoran McDonald’s akan meraikan para guru dengan aktiviti permainan, sesi bergambar dan lain-lain lagi. 

Selain itu, McDonald’s Malaysia telah mengagihkan baucar hidangan percuma kepada guru di seluruh negara sebagai tanda penghargaan buat sumbangan mereka kepada masyarakat. Sempena sambutan Hari Guru, baucar tersebut akan diedarkan kepada 500,000 guru yang bertugas di sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan. Baucar hidangan percuma ini boleh ditebus di mana-mana restoran McDonald's berdekatan 16 Mei hingga 30 Jun 2022.


25 Penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022 

Bil.

Nama Guru

Sekolah

1

Encik Chan Chin Ho

SMK Durian Tunggal

2

Mdm Tan Wei Kuan

SJKC Chong Cheng

3

Puan Siti Ainulmursyida binti Shamsudin

SMK Orkid Desa

4

Encik Muhammad Suffi bin Yusof

SK Pangkalan TLDM

5

Encik Mohammad Noor Azlan bin Idris

SMK Syed Abu Bakar

6

Encik Tiew Feilix

SJKC Kwang Hwa

7

Puan Nur Afizan binti Mohd Zainon

SMK Dato' Bijaya Setia

8

Encik Awang Mohammad bin Awang Yahya

SK Semayan Pulau Banggi

9

Encik Norhailmi bin Abdul Mutalib

SMK Jerlun

10

Encik Rohaidee bin Mustafa

SK Tun Syed Ahmad Shahabudin

11

Puan Angela binti Joseph

SMK Mutiara

12

Encik Noreriffin Bin Norazaman

SMK Lailatul Shahreen

13

Puan Jasleen binti Mohamed Razali

SK Gong Nangka

14

Encik Ishak bin Hassan

SK Bandar Raub

15

Encik Lerry David

KV Keningau

16

Encik Hafizi Fazli bin Bakar

SMK Kemabong

17

Encik Mohana Ram a/l Murugiah

Methodist Girl's School

18

Encik HJ Khairu Rasid bin Mohamad

SMK Tan Sri Jaafar Albar

19

Encik Zulbaseri bin Husain

SK Parang Putting

20

Encik Maheswaran a/l Muniandy

SK Putrajaya Presint 9(1)

21

Encik Huzaire bin Haji Ahmad

SK (F) Mempaga 2

22

Encik Kelimin anak Lidam

SK Long Moh

23

Mohamad Zain bin Md Sevan

SK (F) Pasir Besar

24

Puan Aznida binti Abdul Aziz

Kolej Tingkatan Enam, Petaling Jaya

25

Puan Siti Rahimah binti Hamat @ Mamat

IPG Dato' Razali Ismail

Apapun tahniah sekali lagi kepada kesemua 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald's 2022 ini. 


Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com