Hello July

Julai 02, 2022

Hiii korang ..


Myportfolio

Julai dah kita hari ni ! Lamanya kita tak bersiaran dekat sini. Kesibukan dengan program tahunan telahpun bermula. Ohh MyPortfolio !! jeng lagi kepala team pt kali ini. 2/3 tahun sudah manual punya. Now, dalam sistem pula. Kalau dah melibatkan sistem biasalah taliannya tak cukup kuat. Asyik keluar dinasor ajelah kalau tak setengah jam pun belum tentu dapat selesaikan satu-satu benda tu. Yang lagi stress dah copy masuk tup-tup takda. Berpinar dah bijik mata hahaha.

Myportfolio


July harga barang naik 

Ohh ya, kalau tak silap bermula semalam la peningkatan harga barang bermula sepertimana yang diuwar-uwarkan sebelum ini kan ?? Tengahari tu pun member office ada bagitau banyak mall lagi yang masih di tutup. Mungkin masing-masing sedang buat penggiraan stok kot. Ialah harganya pun dah ada yang berbeza dengan kemarin. Setuju tak setuju, sebagai pengguna kenalah juga akur tak gitu.


Tapi cukup kesian pada mereka yang cukup-cukup terkesan tu. Tak beli nak kena dapatkan juga. So ??  


Hello July

Musim APC !

Program tahunan dah pun menjelma ! Tahun lepas je special sikit. No program and no event. I like you.. just penyerahan biasa je. Passing kepada pasukan yang terlibat untuk penyerahan kepada penerima. My boss pun antara salah seorang penerimanya okay


Tahun ni rutinnya kembali lagi. Cuma bahangnya belum lagi terasa. Kita sendiri pun belum lagi memulakan apa-apa. Tak sempat ! Asyik terkejar-kejar masa sejak balik dari KL hari tu. Eehhh dah ada la .. tempah khas baju batik. Eksklusif untuk ajk yang terlibat untuk program hari besar tu nanti. Tema grey..camner rupa kenalah tunggu sehari dua lagi. Pilihan my boss gara-gara stafnya tak mau mengalah punya pasal 🤭🤭


Inilah 2 warna yang menjadi pilihan baru-baru ni..


Oklah stop dulu.. nak sambung key in dah. Kan lagi lambat nak siap.





Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

  1. Hihihi bila tengok myportfolio awak, akak teringat masa dulu-dulu, waktu kitorang buat myportfolio.. seksa yang amat, sampaikan bos dah banyak kali remind due date, terkejar-kejar dibuatnya... huhuhu semoga kita semua tabah dalam menghadapi dugaan yang kian mencabar..

    BalasPadam
  2. dah siap ke tu myportfolio nya..haha..akak masa nk buat sendiri punya okey je..sekali buat bos punya, start pening..byk benor nak kena masukkan..

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com