Jalinkan hubungan erat dengan secawan teh sempena Hari Teh Tarik bersama Lipton!

September 26, 2021

Teh Tarik cukup sinonim sebagai sebahagian daripada budaya negara kita. Tidak kira dimana-mana sahaja, samada semasa perjumpaan keluarga mahupun ketika berjumpa kawan-kawan di kedai mamak untuk bersimbang ataupun bersama kenalan baharu. Setiap perhubungan mampu dieratkan sambil menikmati secawan Teh Tarik.


Hari Teh Tarik bersama Lipton | Jalinkan hubungan erat dengan secawan teh

Namun, penguatkuasaan kawalan pergerakan yang berlanjutan di seluruh negara telah mengganggu sesi mengeteh yang menjadi budaya rakyat Malaysia. Memisahkan kita bukan sahaja daripada menikmati keenakan teh susu berkrim yang enak tetapi juga masa yang diluangkan bersama yang tersayang.


Di bawah kempen ‘Sekuat Rasa Teh, Seerat Ikatan Kasih’ yang bermula 15 September lalu, Lipton telah menjemput semua rakyat Malaysia untuk meraikan Hari Teh Tarik untuk kembali mengeratkan hubungan yang telah terjalin dengan perkongsian mesej-mesej unik di laman www.liptontehtarikday.com


Diinspirasikan dari rakyat Malaysia yang gemarkan teh tarik sejak tahun 2017, jenama teh terkemuka dunia ini telah meraikan Hari Teh Tarik dengan tujuan untuk membina jalinan erat sambil menikmati secawan teh enak. Seperti temanya, ‘Sekuat rasa teh, seerat ikatan kasih’, Lipton amat menyedari kepentingan untuk berhubung dan mengembalikan ikatan mesra khususnya pada saat yang mencabar ini. 


Cara unik galakan menjalinkan kembali perhubungan erat bersama insan tersayang 

Sempena sambutan Hari Teh Tarik tahun ini, Lipton telah memperkenalkan sebuah platform yang membolehkan rakyat Malaysia meluahkan isi hati mereka kepada keluarga dan rakan-rakan dengan cara yang unik, iaitu hanya perlu menyatakan mesej yang ingin diluahkan dan Lipton akan menganimasikan mesej tersebut kepada mereka yang tersayang dan teristimewa.


“Semasa Pandemik tentunya telah menjejaskan kualiti dan kuantiti masa yang dihabiskan bersama orang tersayang. Walaupun kita perlu mengambil langkah berjauhan secara fizikal semasa era pandemik ini tetapi kami di Lipton juga percaya meluangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit untuk berhubung dan eratkan ikatan bersama yang tersayang adalah penting walaupun hanya secara atas talian. Ada kalanya kita memerlukan lebih daripada sekadar ayat untuk menggambarkan isi hati kita tambahan pula rakyat Malaysia lebih dikenali melalui tingkah laku berbanding bicara untuk menggambarkan perasaan mereka. 

Oleh demikian, Lipton telah mewujudkan kempen ini bukan sahaja untuk menggalakkan perkongsian mesej khas kepada mereka yang teristimewa dalam kehidupan kita, tetapi juga peluang menebus hadiah untuk dinikmati ketika meluangkan masa bersama,”

kata Callista Fernandez, Ketua Pemasaran Teh di Asia Tenggara, ekaterra (Sebahagian syarikat Unilever).    


'Sekuat rasa teh, seerat ikatan kasih'

Hari Teh Tarik pastinya tidak akan  sempurna tanpa secawan teh dan Lipton telah menambahkan keistimewaan saat-saat kita menikmatinya dengan set hadiah Hari Teh Tarik Lipton. Pasangan yang berhubungan melalui laman www.liptontehtarikday.com akan dipilih untuk menerima dua set hadiah - satu untuk pengirim dan satu lagi untuk penerima mesej, bagi menggalakkan kesinambungan hubungan kedua-duanya! 


Set hadiah berkenaan juga direka dengan kerjasama Stickerrific, yang telah menganyam uncang teh Lipton dan daun teh kepada ilustrasi batik pada kotak set hadiah Hari Teh Tarik. Ia dilengkapi lagi dengan cawan edisi khas oleh Lipton bersama pelbagai pilihan teh Lipton termasuk Teh Tarik Milk Tea Latte 3 in 1 yang pastinya akan memberikan keenakan berkrim dalam setiap hirupan.



Jom daftar dan karyakan sebuah mesej peribadi kita dengan Lipton untuk dikongsi bersama insan tersayang dengan 4 langkah mudah

  • Langkah 1 : Hantarkan butiran dan mesej peribadi anda ke www.liptontehtarikday.com 
  • Langkah 2: Tunggu sebentar. Benarkan pasukan Lipton untuk memberikan sentuhan magis pada mesej kita itu!
  • Langkah 3: Satu pautan unik akan dihantar kepada orang tersayang menerusi SM 
  • Langkah 4: Klik pada pautan yang diberikan dan mesej yang tercipta akan dipaparkan. Penerima mesej istimewa itu diberi pilihan untuk memuat turun mesej berkenaan atau berkongsinya di media sosial.

Mudah aje kan untuk berhubung!

Untuk maklumat mengenai kempen ini, boleh layari laman sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram


Uncang Teko Teh Extra Kaw Lipton dan Teh Tarik 3-1 Lipton boleh juga didapati di kebanyakan pasar raya di seluruh negara selain secara online di Shopee dan Lazada.





Uncang Teko Teh Extra Kaw Lipton

92g (40 uncang teko)

RM5.30




Teh Tarik 3-in-1 Lipton

252g (12 uncang)

RM14.25

Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com