Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke-64 Malaysia

Ogos 31, 2021
Tanggal 31 Ogos datang lagi. Alhamdulillah, kita masih lagi berpeluang untuk sama-sama meraikan sambutan kemerdekaan negara kita yang ke-64. Walaupun suasana dan keadaanya sudah berubah tidak sama seperti sebelum wabak covid-19 tetapi tanggal 31hb ini ianya cukup bermakna buat kita semua. Lambang keteguhan, perpaduan dan sehati kita semua rakyat Malaysia walaupun berbeza agama dan bangsa. 
 

Selamat Hari Kebangsaan Yang Ke-64 Malaysia 

Negaraku Malaysia

Ini merupakan tahun ke-2 kita meraikan Hari Kebangsaan secara sederhana dengan cara kita sendiri. Tiada sambutan perarakan mahupun persembahan macam tahun-tahun sebelum ini. Masa pun banyak dihabiskan di rumah ialah kita pun masih lagi dalam suasana memerangi wabak covid-19. Bilangan kes pun masih lagi tinggi. Semoga usaha dan kesungguhan kita semua memeranginya berhasil. Aamiin.


Malaysian Prihatin 

Sepertimana tahun lepas, tema sambutan Hari Kemerdekaan masih lagi sama, Malaysia Prihatin sebagai tanda keprihatinan kita sesama sendiri  ! 


Selamat menyambut hari kebangsaan Ke-64 semua. Semoga negara kita akan terus aman, damai dan harmoni. Dan semoga negara kita juga akan berjaya bebas dari wabak covid-19 ini. Aamiin


Tapi kan tadi tak sempat pun nak tengok lintas langsung sambutan merdeka. Ada ulangan tak?? 

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com