Pengalaman terima suntikan dose ke-2 Vaksin Pfizer

Ogos 05, 2021

Camni rupanya rasa 2nddose !! Adoiii berpinar rasa. Dengan kepala berdenyut, rasa nak tumbang, perut tak selesa, tekak loya terasa nak muntah. Hidung tak selesa last sekali cari penadol jugaklah kita.


Pengalaman terima suntikan dose ke-2 Vaksin Pfizer

Berbeza sangat dengan dose pertama hari tu. Yang pertama tu sebaik je suntik terus terasa kesan suntikannya. Lenguh dan sakit tempat suntikannya je terutamanya malam tu. Esoknya walaupun terasa lenguh tapi still masih boleh buat kerja. Yang ini dah sampai rumah baru terasa kesan suntikannya tu. Mula-mula selepas suntikan tu konpius jugalah. Suntik ke tak sebenarnya 🤭🤭 jarum pun tak terasa nasib baiklah akak yang tolong suntikan tu bagitau dah nak suntik dah masa tu.

Penangan #2nddose !! 

Kesan suntikan vaksin Pfizer ??

Kalau tak silap lebih kurang dua jam jugalah berada kat pusat vasinasi tu. Memang langsung tak terasa apa-apa. Ada kawan tu dia dah terasa lenguh dah sebaik kena suntik tu. Rest ambil masa dulu sebelum nak drive balik rumah katanya.  


Sesampai aje kat rumah kepala dah mula terasa berdenyut. Ingatkan disebabkan cuaca. Ialah walaupun nampak aje redup tapi bila berada kat luar dalam tempoh yang lama mau sakit kepala juga dibuatnya. Selepas bersihkan diri dan solat terus lena sampai ke petang. Bangun tu ingatkan dah oklah 😅😅 sekali perut pula terasa serbu, loya bagai nak muntah. Paksa diri ajelah makan sikit taknak gastrik pula datang menempel.  Dengan sakit kepala rasa nak tumbang (pitam)..baring ajelah yang best sikit masa tu pun. 




Esoknya tu awal-awal lagi dah terus ke klinik. Kononnya nak settle temujanji yang sebelum ni. Sekali ramai sangat orang kat situ. Tak jadi nak masuk juga terus balik ajelah 🤭🤭 tak terdaya nak menunggu lama-lama. Barisan yang sediada itu pun dah panjang sampai keluar khemah dah. Entah pukul berapa pun tak pasti dapat masuk klinik tu. Dengan kepala dah makin ting tong. Kita pun macam dah blur sempatlah jugak singgah kedai runcit dapatkan sepapan panadol. Dapat aje 2 biji penodol aktif5 hari tu haaa lena terus sampai ke malam.


Masuk hari ke-3 selepas suntikan dos ke-2 hari tu barulah rasa ok sikit. Dah boleh buat kerja dah cumanya tak boleh nak lasak cam sebelum ni. Rasa cepat penat dan kena juga berhenti rest sekejap sebelum sambung. Tak boleh nak terus buat macam sebelum ni lagi. Mungkin sebab kesan vaksinnya tu ada lagi kot. Sekarang inipun masih lagi ada la walaupun hari ini dah masuk hari ke-5 2nd dose.


In Shaa Allah, hujung minggu ni giliran my mom dan my sis pula. Pelaksanaan vaksinasi secara drive-thru. Semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Aamiin



 

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com