Hansaegee Nature CC Cream Gold Nano | Nampak simple tapi glowing, tak bercapuk dan kulit nampak lebih segar

Ogos 17, 2021

Sejak dulu lagi kita memang tak berapa suka sangat nak pakai krim muka ni. Nak-nak pula kalau siang hari. Melekit, berminyak, belengas bagai. Aishhh memang tak senang duduk la dibuatnya. Kejap-kejap lap kejap-kejap lap kadang-kadang terfikir juga camnelah orang yang pakai mekap ni. Tak cair, tak bercapuk pun mekap dia..maintain cantik. Cun sampai habis waktu kerja.


Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream | Nampak simple tapi glowing, tak bercapuk dan kulit nampak lebih segar

Baru-baru kita telah diperkenalkan dengan satu krim jenama Hansaegee Nature dari Korea iaitu Gold Nano CC Cream ! CC Cream ini sebenarnya krim all in one days. Ia bertindak mengimbangi dan memperbaiki tona kulit secara semulajadi serta melindungi kulit daripada pancaran sinaran matahari yang berbahaya. Hasilnya kulit akan kelihatan lebih cerah dan bercahaya secara semulajadi (Colour control + Brightening) 

3 Bahan Utama CC Cream 

Water 'Air Mineral' - bertindak mengimbangi PH kulit, menguatkan kedalaman penembusan kulit serta meningkatkan keanjalan kulit.

'Ekstrak Budaya Ipomoea Hederacea Callus - meredakan kerengsaan kulit, kesan bakteria serta melegakan masalah kulit.

'Nona Gold' - mempunyai antioksidan yang tinggi yang bertindak mencegah penuaan, melindungi kulit dari sinaran inframerah serta aktiviti antimikrob tinggi. 




Apa yang bestnya krim ini ia sebenarnya berwarna putih. Memang tak nampak putih pelik pun bila kita pakai. Teksturnya pun lembut dan ringan. Macam kita tak pakai apa-apa dan mudah di blend. Bila kita dah pakai dekat muka ataupun kulit automatik ia berubah mengikut warna tone kulit kita. Langsung tak bercapuk, melekit, berminyak lagilah tak. Nampak natural aje, kulit pun kelihatan lebih segar, halus dan cerah semulajadi. Tiadalah kusam sangat. 




Jadi memang sesuailah dengan kita yang tak berapa gemar bersolek dan hanya sukakan solekan natural ni. Calit aje sedikit lipstik dan pembayang mata dah siap. Simple dan mudah. Warna lipstik dan pembayang mata pun akan lebih pigmented. Melekat elok dan tahan lama tak perlu nak sapu tebal-tebal. Kekal berseri walaupun seharian berada kat pejabat. 


Selain dijadikan base makeup, ia juga bertindak sebagai premier untuk menyeimbangkan warna dan menjadikan mekaup lebih tahan lama. Jadi pada siapa yang suka mekaup tebal, tak perlu risau mekaup tetap akan melekat elok dan tidak bercapuk. Tahan lama dan mudah dibersihkan.  Tak perlu nak sapu mekaup berlapis-lapis dah.


Tidak dinafikan dengan cuaca panas terik sekarang ini menyebabkan kita teragak-agak memilih krim muka. Tapi dengan CC Cream ini tiada masalah lagi, ia bukan sahaja mampu bertindak melindungi kulit kita dari pancaran sinar UV yang berbahaya dan mengekalkan kelembapan sepanjang hari tetapi juga membuatkan kulit muka kita kelihatan lebih cantik dan glowing ketika berpeluh. 


5 sebab kenapa perlu pilih CC Cream 

Membantu bersiap lebih cepat dan menjimatkan masa

Tak memerlukan banyak masa atau peralatan lain seperti span ataupun berus untuk bersiap. Cukup sekadar calit dan blend menggunakan jari aje. 



Mudah dibawa 

Dengan packaging yang comel dan dilengkapi penutup jenis twist-lock ia memudahkan untuk dibawa kemana-mana tanpa risau ia terbalik ataupun terpicit. Masuk beg dan boleh kemana-mana tanpa perlu membawa macam-macam 



Ada perlindungan SPF50 PA +++  

Bertindak sebagai mekaup base dan juga premier yang mampu melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB yang berbahaya. Dah tak perlu nak kena pakai sunscreen atau moisturizer dah cukup sekadar menggunakan CC Cream. Disamping itu ia juga mengandungi bahan anti-kerut yang boleh merawat kulit daripada garis-garis halus serta penuaan.





Sesuai untuk semua jenis warna kulit 

Secara fizikal ia berwarna putih tetapi apabila di blend ia berubah mengikut warna warna tone kulit kita. Langsung tak nampak warna putih pelik. Memang sesuai untuk semua warna kulit - sawo matang, kuning langsat, gelap, natural?? Tiada masalah lagi nak dapatkan krim muka yang sesuai dengan warna kulit. Kulit pun kelihatan lebih natural, berseri dan halus. 


Haaa siapa yang terpaksa berlama-lama di bahagian kosmetik satu-satu pasaraya untuk memilih warna tone yang sesuai untuk kulit pun dah tak ada masalah lagi dah. Dah boleh jimat masa untuk memilih.




Mekaup tahan lama dan mudah dicuci 

Walaupun seharian berada di luar dengan cuaca panas berbahang dan berpeluh, mekaup kita kekal cantik tak bercapuk malahan lebih glowing terutamanya ketika kulit berpeluh ataupun berminyak. Nampak berseri aje 



Cara menggunakan Gold Nano CC Cream

Cara menggunakan CC Cream ini mudah je, picit dan letakkan pada tangan dan sapu rata pada kulit tanpa menggunakan apa-apa berus. Guna 2 jari pun boleh. 


 


Simple dan mudah aje kan.


Secara peribadi selepas hampir sebulan mencuba Cc Cream ni, kita betul-betul dah jatuh hati. Setiap hari wajib sapu walaupun hanya berada di rumah. Tiadalah kulit muka pun nampak kusam ataupun berminyak sangat. 


Tapi yang kita paling suka sebenarnya ia betul-betul membantu memudahkan kita untuk bersiap dengan cepat. Biasalah sekarang ini BDR. Kadang-kadang bila tiba giliran untuk masuk pejabat, masa itulah terlajak. Terlambat bangun ! Masa tu tak usah cakaplah memang kelam kabut la. Tak tergapai segala macam benda dah. Tapi dalam lambat-lambat tu nak jugak bersolek kan 🙈🙈. Kena juga pakai bedak, pembayang mata, lipstik semua tu. Barulah betul gaya nak masuk kerja orang kata. 

 


Pembayang mata pun dah perlu lagi nak kena sapu tebal dan berlapis-lapis macam sebelum ini. Ia dah kekal menyerlah dan pigmented tak bercapuk walaupun dah masuk waktu makan tengahari. Kulit pun nampak lebih glowing ketika berpeluh meskipun penat berkejar naik tangga tu. 


Selepas solat satu lagi yang kita suka. Cukup sekadar sapukan Cc Cream dah buat kita rasa confident dah. Kulit muka pun nampak fresh macam kita dah pakai bedak. 


Untuk korang yang ingin dapatkan Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini, korang boleh layari 

Hansaegee Nature

Hansaegee Nature

Website 

 www.hansaegee.com/shop 

IG page 

https://www.instagram.com/hansaegeenature/ 

FB page 

https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

Youtube page 

https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia 
















Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com