Tahan Instant Hijab Untuk Wanita Aktif

Mac 04, 2020
Selesa sangat kenakan tudung instant hijab yang satu ni. Memang lain dan berbeza dengan instant hijab yang pernah ciktie cuba. Daripada mula-mula terima sampailah sekarang, memang selalu sangat menjadi pilihan untuk dipakai. Sebabnya tak lain tak bukan ia membantu untuk bersiap dengan lebih cepat. Sebaik disarungkan terletak elok je di kepala. Material kainnya pun diperbuat daripada 90% polyster dan 10% lagi dari spadex. Fabrik yang sesuai untuk aktiviti lasak. 

Tahan Instant Hijab Untuk Wanita Aktif Masa kini



Sebenarnya ciktie ni cukup cerewet sikit bab-bab tudung ni terutamanya jenis instant. Semacam aje rasa bila memakainya bukan tak pernah cuba. Cuba tapi tak berapa selesa dan confident untuk digayakan. Terasa macam bukan diri sendiri pun ada. Serba tak kena je rasa terutamanya pada bentuk mukanya tu. Haa sebab itulah ciktie lebih selesa kenakan tudung bawal aje kemana-mana dan apa jua keadaan. Sanggup lambat iron tudung dulu daripada kenakan tudung instant macam orang lain.



Tapi instant tudung keluaran PTT OUTDOOR ini cukup berbeza. Selain berkualiti tinggi! Lembut, tak mudah renyut, tak kena iron. Awning tak keras, design pun lawa, labuh menutupi dada dan bahu. Ia sebenarnya direkabentuk untuk wanita aktif bersukan yang tidak memerlukan banyak masa untuk bersiap. Simple dan cukup memudahkan.


Dihasilkan dari fabrik yang berkualiti tinggi. Kainnya jenis ringan. Baik untuk penyerapan peluh, mudah kering, mudah digayakan dan fleksibel fleksibel ke pratikal ye untuk pelbagai kegunaan seharian terutamanya untuk aktiviti harian dekat luar. Tidak terhad untuk aktiviti bersukan sahaja sebenarnya Tahan Instant Sports Hijab ni. Kalau kita nak keluar ke pasar..pasaraya, bersantai, berkebun pendek kata kemana saje. Tapi setakat ini ke office je ciktie belum pakai lagi. Lain-lain tempat dah..awal-awal hari tu risau juga kot-kot k.o hehe sekarang tengoklah kita dah jatuh hati dah 😍😍


Tahan Instant Sports Hijab

Tips Memilih Tudung Untuk Wanita Aktif Bersukan Atau Aktiviti Lasak Dengan Tahan Instant Sports Hijab 

  1. Berkualiti dan material kainnya jenis sejuk tidak panas. Ringan dan cepat kering (baik untuk penyerapan peluh dan tidak memerangkap bau).
  2. Selesa dan mudah dipakai serta digayakan. Sarung dan terletak elok bila dipakai. 
  3. Labuh dan menutup aurat. Melepasi dada.
  4. Pratikal ! Sesuai untuk semua keadaan. Boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti luaran tidak terhad untuk satu-satu kegunaan sahaja.
  5. Harga mampu milik.
  6. Rekabentuk moden dan menarik. Boleh digunakan dalam tempoh masa yang lama.


Hadir dengan 3 colour yang berbeza iaitu Green, Gray dan Blue. Direkabentuk untuk wanita aktif dalam sukan tetapi menutup aurat. Ciktie memang recommended sangat instant hijab ni dekat korang. Nak hadiahkan buat seseorang pun sesuai ni. Sekarang ini ada promosi lagi daripada harga asalnya, Rm79 tu.

Untuk info lanjut korang boleh layari

Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

  1. tiada halangan lagi untuk wanita berhijab amalkan gaya hidup sihat lepas ni kan. item yang baik

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com