Bila tiba waktunya aku harus memilih.. dengan atau tanpamu? Karya Cik D terbitan Penulisan2u. Best jalan ceritanya. Dah lama rasanya tak layan novel best camni.


Sinopsis

Dengan Atau Tanpamu mengisahkan seorang anak gadis iaitu Dian Fatihah yang menerima pinangan secara tidak rasmi daripada kenalan yang ditolongnya sewaktu mengerjakan umrah. Terima pinangan melalui telefon gara-gara ingin mengelak daripada asakan demi asakan abang angkatnya (Jeffry Azman aka Abang Jep) yang juga merupakan cucu jiran rumahnya.

Pertemuan Dian dengan Ryan (Adryan Umar) secara tidak sengaja telah melahirkan satu rasa yang aneh dalam diri kedua-duanya. Kedua-duanya saling  menyenangi kehadiran diri masing-masing. Sebenarnya Ryan tidak mengetahui hasrat sebenar ibunya meminta dia menemani ke rumah Dian. Kebetulan pula masa tu dia ada menyimpan sesuatu yang berharga milik Dian. Apakah itu?? Nak tahu kenalah cari novel ni.

Disebabkan dah sepakat! Ibu Ryan juga memang sudah berkenan sangat dengan Si Dian sejak dari Tanah Suci lagi begitu juga Ryan. Dian sendiri pun ingin menyelamatkan diri dari desakan abang angkatnya yang terlalu ingin memilikinya. Perkahwinan mereka akhirnya berlangsung jua. Itupun selang beberapa hari Ryan dan ibunya mengunjungi keluarga Dian.

Selepas berkahwin Ryan membawa Dian ke kampungnya di Kedah. Untuk memastikan Dian mengikutinya dia telah berjanji untuk tinggal berasingan dengan ibunya. Sepanjang tinggal bersama mood Dian selalu aje spoil! Suatu hari mereka melawat ibu Ryan di kampung. Kehadiran Aishah sepupu Ryan telah menyebabkan Dian cemburu. Bertitik-tolak dari situ, dia mula berubah. Menerima suaminya seadanya.

Sebenarnya Aishah mempunyai perasaan dekat Ryan. Tanpa pengetahuan sesiapa, dia sanggup melakukan apa sahaja untuk memiliki Ryan sehingga sanggup mengupah orang mengianai Dian seterusnya memisahkan pasangan ini.

Dalam keadaan yang tidak begitu jelas, Ryan yang tidak boleh menerima apa yang menimpa isterinya telah menjauhkan diri dari Dian. Dian yang  disisihkan merasa jauh hati dan meminta dihantar pulang ke pangkuan mamnya semula. Setelah ditinggalkan tanpa sebarang berita akhirnya Dian disahkan hamil. Hasil desakan kakak Ryan yang amat menyayanginya dan kehadiran semula abang angkat Dian telah menyebabkan Ryan kembali ke sisi Dian.

Rahsia Aishah akhirnya terbongkar jua. Hanya kerana ingin mendapatkan lelaki  yang diimpikan dia sanggup menggadai  maruah, meruntuhkan kebahagiaan orang  lain meskipun orang itu sepupunya sendiri. 

ishh..ishh apapun jalan cerita novel ni memang best! Tengok tajuk je dah buat kita tertanya-tanya apasal camtu kan??








Previous Post
« Prev Post
Next Post
Next Post »