Amalan 10 malam terakhir Ramadan

Mei 01, 2022

Dah sampai ke penghujung ramadan dah kita. Para perantau pun kebanyakkannya dah selamat tiba ke kampung. Jalan-jalan pun boleh dikatakan penuh dengan kereta plat selain D dah. Jam tak usah cerita la, dah macam lautan semut merah dah bila masing-masing snap gambar malam-malam camtu. Mana-mana tempat sama aje, agenda wajib menjelang raya kembali lagi setelah 2 tahun tak dapat pulang beraya bersama.  


Agenda beli belah pun masih lagi belum selesai. Masing-masing dah umpama balas dendam dah tu.. Kita pun sama la, masih lagi mencari. Cumanya tak pasti adakah pencariannya ini benar-benar berakhir ataupun terpaksa tunda lagi lepas ini.


Amalan 10 Malam Terakhir Ramadan 

Oklah, dalam kita gembira dapat bertemu insan tersayang, berkumpul ramai-ramai, bergelak ketawa jangan kita leka dan lepaskan peluang malam-malam terakhir ramadan ini. Umpama teman lama yang datang bertandang belum tentu kita akan temuinya lagi akan datang. Jadi rebutlah peluang selagi ianya masih bersama kita.

In shaa Allah, semoga amalan baik kita diterima disisi-Nya. Aamiim


Doa Malam Lailatul Qadar


 Amalan 10 malam terakhir Ramadan 

1. Melakukan i'tikaf di masjid walaupun cuma seketika.

2. Perbanyakkan zikir dan baca Al-Quran. 

3. Sedekah

4. Banyakan baca doa 

"Allahumma innaka 'afuwun tuhibbul 'afwa fa'fu anni"

5. Qiyamul lail 


Doa Akhir Ramadan

Ya Allah,

Terimalah puasaku, amalku, solatku, bacaan quranku dan ampunkanlah semua doasa-dosaku. Aamiin

Doa Akhir Ramadan


Manakala bagi perempuan yang uzur pula, walaupun kita tak boleh solat tapi kita masih lagi mampu melakukan amalan selainnya.


Amalan wanita uzur raih 10 malam terakhir (malam lailatul qadar)

1. Baca Al-Quran tanpa menyentuh mushaf .

2. Zikir dengan banyakkan bacaan  tasbih (Subhanallah), tahlil (la ilaha illallah), tahmid (Alhamdulillah) dan lain-lain zikir 

4. Banyakkan istighfar 

5. Baca doa lailatul qadar 

'Allahumma innaka' affuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu'anni


Oklah, stop kejap. Jom kita sahur dulu.. 








Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com