Cara Mudah Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

April 25, 2022

Alhamdulillah, dapat dah duit raya tahun ni. Nasib baik sempat bagitau member minggu lepas kalau tak hmm terpaksalah masuk baris beratur panjang juga. Tak seperti tahun lepas, tahun ni kita dapat semua duit baru..cumanya belum semuanya diterima lagi. Baru separuh..in shaa Allah, separuh lagi minggu ini. Duit dekat bank tak cukup. Tapi tak pa..janji dapat kan.



Cara Baru Dan Mudah Tukar Duit Raya 

Siapa yang masih belum tukar duit raya tu boleh cuba tukarkan dekat mesin ATM  !! Setakat ini Maybank dan Ambank je kita tahu sediakan mesin ATM khas untuk tukar duit. Bank lain kita tak berapa pasti lagi dah boleh tukar melalui mesin atm ataupun belum. Tapi dekat Kelantan ni maybank ada 2 tempat khas boleh tukar duit melalui mesin atm. 1 dekat Kubang Kerian dan 1 lagi dekat KB. Dekat Kubang Kerian tu boleh tukar duit Rm10 dan Rm50 je. KB cuma Rm10. Lain-lain nilai memang takda tapi kalau tukar dekat kaunter mungkin boleh.


Sekarang ini semua terhad ! Begitu jugalah dengan sampul duit raya aka angpau raya tu. Ada rezeki, korang akan dapatlah masa minta dekat kaunter tu. Kita pun dapat 1peket je ni.


Untuk tahu 》》Tarikh Tukar Duit Raya *update


Cara Mudah Tukar Duit Raya Di Mesin ATM

Tak perlu dah bersesak-sesak beratur panjang ke kaunter. Orang bank pun tiadalah pening kepala sangat melayan kerenah kita yang macam-macam kan 😅😅 kalau ada cara mudah kenapa kita masih lagi nak guna cara lama yang dah sah-sah akan memenatkan dan menyusahkan kita. 

Tapi lainlah kalau kita tiada pilihan kan.


Cara Mudah Tukar Duit

Cara ini khas untuk sesiapa yang nak tukar duit bernilai Rm10, Rm20 dan Rm50 aje lah. Lain-lain nilai kena melalui kaunter. Tapi sekurang-kurangnya tiadalah kita semua perlu bersesak-sesak masuk kaunter kan.

Ianya boleh dibuat mulai 21 April sehingga 04 Mei 2022 ! Terhad untuk rm300 je tau.


Cara Tukar duit raya Maybank 

Cara tukar Duit Raya Di Mesin ATM Maybank

  • Pergi ke Cawangan Maybank Terpilih sahaja.
  • Pastikan mesin ATM itu ada sign kat atas ia tu. Tertera ayat "Dapatkan wang kertas RM10 di mesin ini" untuk membolehkan kita tukar duit raya.
  • Masukkan kad ATM dan nombor pin.
  • Seterusnya, pilih Pengeluaran Tunai dan pilih atau masukkan jumlah wang segera yang dikehendaki (maksimum RM300) 

  • Ambil kad atm dan tunggu duit bernilai RM10*baru keluar dari mesin.

Mudah kan !


Senarai Lokasi Tukar Duit Melalui Mesin ATM Maybank

Harus diingatkan bukan semua mesin ATM Maybank dikhaskan untuk tukar duit raya tau. Yang mana dikhaskan khusus je yang ada. Yang tak ada tu korang boleh tukarkan dekat kaunter. 

Sebelum tu, siapa yang nak tukar duit raya dekat kaunter tu jangan lupa isi siap-siap nilai wang yang nak ditukar dekat borang yang disediakan tu. 


Lokasi Tukar Duit Raya Maybank
Lokasi Tukar Duit Raya Maybank
Lokasi Tukar Duit Raya Maybank


Tarikh Tukar Duit Raya *akan dikemaskini 

Maybank - 21 April 2022

Ambank - 20 April 2022

Bank Rakyat - Dah boleh tukar

Cimb Bank - 

Public Bank - Dah boleh tukar

BSN - 

Bank Islam - Dah boleh tukar


Cara tukar Duit Raya Di Mesin ATM AmBank

Tukar Duit Raya AmBank Melalui Mesin ATM

Juga terhad pada lokasi terpilih sahaja ! Bukan semua yer. Transaksi pengeluaran untuk pertukaran wang bernilai Rm10 je. Terhad untuk Rm300 je tau. Lain-lain nilai boleh direct melalui kaunter. 

Pertukaran boleh dibuat pada 20 April hingga 06 Mei 2022


Senarai Lokasi Tukar Duit Melalui Mesin ATM AmBank 

Lokasi Tukar Duit Raya AmBank



Share this :

Previous
Next Post »

5 ulasan

  1. ada baca boleh tukar duit raya kat mesin atm tapi untuk duit RM10. akak & husben nak tukar RM5, so kena beratur kat kaunter jugak.

    BalasPadam
  2. Kalau dia banyakkan service macam ni kan bagus..

    BalasPadam
  3. senangnya tak yah beratur kat kaunter dah kan

    BalasPadam
  4. terima kasih cik tie sbb bagi info ini. abe kie x tukar pun duit raya lagi. bila org cucur lps beli, abe kie simpan je la duit tu sbg duit raya.

    BalasPadam
  5. thank you cik tie. nice sharing.....

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com