Bayar Zakat Fitrah | Bersemuka atau Online

April 17, 2022

Selesai dah !! Alhamdulillah, mudah dan cepat aje bayar secara online ni. Resit pun dah dapat ! Sebelum ni konpius juga nak bayar secara online tapi selepas dah dengar penjelasan semua tu. Kita proceed ajelah..bayar secara online direct dekat website yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri. 

Kalau bersemuka pun, kita memang dinasihatkan untuk membuat pembayaran zakat fitrah kepada amil (pengutip zakat) yang dilantik, mempunyai kad kuasa dan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam.


Tapi betullah orang kata walaupun bayar secara online, cepat dan mudah tetapi kalau bayar secara bersemuka ianya lebih memuas hati kan


Bayar Zakat Fitrah | Bersemuka atau Online 

Boleh ke bayar zakat fitrah online ??

Mana lagi ok, online atau semuka

Tapi sah ke bayar zakat fitrah online ?

Kalau bersemuka memang kena salam atau akad dulu baru niat kan?

Aishhh macam-macamlah kita fikir kan..ialah benda tak biasa.

Zakat Fitrah


Zakat Fitrah | Waktu Sesuai Bayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah merupakan zakat yang diwajibkan ke atas muslim lelaki ataupun perempuan dalam bulan ramadan.

Jadi ianya boleh dibayar sepanjang bulan Ramadan hingga sebelum selesai Solat Sunat 1 Syawal. Kalau dah selepas itu, ianya dah dikira sedekah dah.

Sunatsepanjang bulan ramadan

Wajib - terbenam matahari akhir ramadan sehingga terbit matahari 1 syawal

Afdal - sebelum solat sunat hari raya


Siapa Wajib Bayar 

  • Orang yang memberi nafkah (suami, bapa, datuk) yang menanggung perbelanjaan dan urusan memberi nafkah keluarga. 
  • Anak yang lahir sebelum terbenam matahari akhir ramadan. Tetapi jika lahir selepas itu (tidak wajib).
  • Orang yang hidup sampai ke waktu wajib (terbenam matahari terakhir ramadan) walaupun seketika. Tetapi jika meninggal sebelum waktu wajib (matahari terbenam akhir ramadan) tidak wajib bayar zakat fitrah.


Jom Bayar Zakat Fitrah 

Tempat | Dimana lebih afdal bayar 

Tempat kita beroleh sumber rezeki ! Tempat tinggal atau dimana-mana saja kita berada. Pendek kata boleh aje bayar dekat mana-mana, tinggal di Kuala Lumpur nak bayar dekat Kelantan pun boleh cumanya lebih baik (lebih afdal) tempat kita bermukin. Tempat kita beroleh sumber rezeki ataupun tempat kita diami. 


Kadar Zakat Mengikut Negeri 

Untuk Negeri Kelantan, Rm7 / Rm14 / Rm21 ! 

Kalau ikutkan berapa kadar yang sepatutnya dibayar itu bergantung kepada harga jenis beras yang kita beli dan yang kita makan. Kalau kita beli dan makan menggunakan beras yang mahal seperti basmati maka kadar bayarannya pun mahal sedikit la berbanding beras tempatan kan 😅


Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2022 Mengikut Negeri

Perlis Rm7.00 

Kedah Rm7.00 / Rm14 / Rm21 

Pulau Pinang Rm7.00 / Rm13 / Rm20

Perak Rm7.00 / Rm14 / Rm21 

Selangor Rm7.00 / Rm14 / Rm21 

Negeri Sembilan Rm7.00 

Melaka Rm7 / Rm14 

Johor Rm7.00 / Rm10 

Pahang Rm7.00 

Terengganu Rm7.00 

Kelantan Rm7 / Rm14 / Rm21 

Sarawak Rm7.00 

Sabah Rm7.00 

Wilayah Persekutuan/ Kuala Lumpur/ Putrajaya/ Labuan Rm5 / Rm7 / Rm14


Cara Pembayaran | Bersemuka atau bayar online

Mana lagi afdal bayar secara bersemuka atau secara online ?

Sebenarnya mana-mana kaedah pun boleh. Janji bayar !! Tak kisahlah nak bayar secara bersemuka dekat kaunter ataupunn dengan amil yang dilantik ataupun nak bayar secara online atas talian. Sebab kedua-duanya sah (ada niat)


Website Zakat Fitrah Mengikut Negeri

Selain link website ( portal bayar zakat ), zakat fitrah juga boleh dibayar online menggunakan JomPay, Maybank, MyEG, MAE, E-wallet ataupun TnGO.

Cumanya untuk Negeri Sarawak, sehingga hari ini kita tak jumpa link portalnya. Tapi kalau korang tahu nanti bagitau ye. 


Link bayaran zakat fitrah online untuk setiap negeri di Malaysia

Selangor : https://fpx.zakatselangor.com.my/ 

Wilayah Persekutuan : fitrah.zakat.com.my 

Kedah : jom.zakatkedah.com.my/kirazakat/kz_fitrah.php 

Perlis : maips.gov.my/pwa/fpx/fpxMain.php 

Penang : http://www.zakatpenang.com/jompay/

Kelantan : zakat.e-maik.my/v8/fitrah1443.php 

Terengganu : ezakat.maidam.gov.my/online/payfpxzf.php 

Perak : https://ezakat.maiamp.gov.my/v4/ 

Pahang : https://ezakat.muip.gov.my/zakatfitrah

Negeri Sembilan : zakatns2u.biz/fitrah/ 

Melaka : https://pay2.izakat.com/online_payment/fitrah 

Johor : https://fitrah.maij.gov.my/ 

Sabah : appszakat.sabah.gov.my/zakatfitrah.php

Sarawak : *Tiada bayaran online, setakat pengetahuan saya.


Cara bayar zakat fitrah online Kelantan

Klik link zakat.e-maik.my/v8/fitrah1443.php 

Lengkapkan semua maklumat pembayar. Kemudian masukkan bilangan tanggungan yang perlu dibayar (untuk diri sendiri atau tanggungan). Cara pembayaran Internet Banking / JomPAY / Card serta akaun bank yang digunakan untuk membuat pembayaran. Seterusnya klik butang hijau, Teruskan

Cara bayar zakat fitrah online Kelantan

Baca mesej box yang dipaparkan dan klik butang Bayar Sekarang ! Buat pembayaran dan resit dikeluarkan. Dah siap

Cara bayar zakat fitrah online Kelantan

Mudah aje kan? Just follow butang hijau yang dipaparkan sehingga akhirnya resit pembayaran berjaya dikeluarkan.

Oklah, kita pun dah .. anda bila lagi ? 





Share this :

Previous
Next Post »

3 ulasan

  1. Alhamdulillah dh selesai zakat utk kali ni..bersemuka lebih puas hati

    BalasPadam
  2. mana2 boleh.. alhamdulillah mudah

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah..dah settle bayar zakat secara online.

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com