Salam Aidilfitri | Raya PKP 3.0

Mei 20, 2021

Hiii assalamualaikum korang. Alhamdulillah bersua lagi kita. Tak terlambat lagi rasanya untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin. Semoga semua apa yang kita kerjakan selama ini mendapat keberkatan dari-Nya. In Shaa Allah, aamiin.


Salam Aidilfitri | Raya PKP 3.0

Ucapan Khas Sempena Hari Raya


Salam Aidilfitri | Raya PKP 3.0


Seperti raya korang juga, tahun ini memang cukup berbeza sangat sambutan rayanya. Terasa kekurangannya kerana ini kali pertama adik yang dekat Terengganu dan akak dekat Penang tu tak dapat balik beraya bersama walaupun ini merupakan kali ke-2 kita semua rakyat Malaysia menyambut raya dalam suasana PKP. Tahun ini kita sama-sama terikat dengan arahan kerajaan yang tidak membenarkan sesiapa merentasi negeri mahupun daerah tapi ada jugalah yang lepas keluar bagi membendung penularan Covid-19 yang semakin meningkat. Adoii naik lagi kes dekat Kelantan 😥


Walaupun sedih tak dapat berkumpul bersama seperti sebelum ini tetapi ciktie cukup bersyukur. Negara kita masih lagi aman walaupun terpaksa berkurung. In Shaa Allah, apabila semua dah kembali ok, kita akan kembali berkumpul dan sama-sama menjalani kehidupan seperti sebelum ini. Aamiin  Makanan dan minuman masih lagi mencukupi dan kita masih lagi bebas memilih..bebas bersuara. Kewangan pun masih lagi stabil kalau nak dibandingkan dengan mereka yang terjejas dengan kesan pandemik covid-19 ni. Mungkin bagi sesetengah dari kita kesannya tidak ketara sangat berbanding sesetengah yang lain terutamanya peniaga ataupun yang bekerja sendiri. Yang terpaksa berhempas pulas demi sesuap nasi. Sehingga ada yang panik, stress, tertekan dan sebagainya.  Sama-sama kita cuba selami dan fahami kesukaran dan kesusahan yang dialami mereka. 


Apapun raya tetap raya walaupun tak dapat berkumpul bersama seperti sebelum-sebelum ini. Juadah seperti nasi dagang tetap disediakan walaupun hati berbelah bahagi. Inilah antara hidangan untuk raya baru-baru ini. Kudapan ajelah tahun ni biskut raya takde 😅


Juadah raya pkp 3.0 | coklat cip

Juadah raya pkp 3.0 | maruku

Juadah raya pkp 3.0 | wafer roll

Juadah raya pkp 3.0 | Kek Buah

Eehhh esok ada ke sesiapa yang sambut raya sekali dengan kita?? Alahai eksen la pula mek ni mentang-mentanglah dah berjaya puasa 6 tahun ni 🙈🙈 

Total Lockdown 

Tidak dinafikan 'lockdown' sepenuhnya merupakan cara terbaik untuk kita kembali berjaya mengekang peningkatan jangkitan wabak ini memandangkan SOP (Prosedur Operasi Standards) yang dilaksanakan kini sepertinya tidak berjaya. Sekurang-kurangnya dengan cara ini usaha kita untuk mengelakkan lebih banyak pergerakan orang ramai terutamanya dalam sektor ekonomi dan pendidikan sekali gus mengelakkan perkhidmatan kesihatan di hospital-hospital lumpuh ! 

Pkp full lockdown

Macam yang kita tahu, ramai dikalangan kita sendiri yang menginginkan ianya segera dilaksanakan memandangkan bilangan jangkitan semakin hari semakin meningkat dan sepertinya tiada kesudahannya walaupun nyata-nyata pelaksanaanya ini nanti akan membebankan majoriti daripada kita sendiri. Ialah sekejap buka sekejap tutup 😵😵


Apa-apapun kita tunggu dan lihat apakah keputusannya esok.


Pray for Palestine

Cukup berbeza syawal kali ini. Kita bukan sahaja beraya di rumah sendiri tetapi kita juga turut beraya bersama saudara seagama kita di Palestin. Hari ini dah memasuki hari ke-11 dah mereka berbalas serangan selepas polis zionis laknatullah kembali membuat kacau di Masjidil Aqsa malam ke-27 Ramadhan hari tu. Sedih sangat melihat dan mengenangkan ramai yang tidak berdosa menjadi korban terutamanya wanita dan anak-anak kecil. Semoga saudara kita disana terus diberikan kekuatan serta perlindungan dan selamat daripada terus menjadi mangsa kezaliman zionis di bumi sendiri. Aamiin


Syiling Palestin

#savepalestine


Update :


Pray for palestine



Share this :

Previous
Next Post »

4 ulasan

  1. selamat hari raya. .semoga urusan kita semua dipermudahkan

    BalasPadam
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin. Raya kali ni kita raikan di rumah dengan cara masing masing, janji ikut SOP. Kudapan kira kuih raya juga tu. Saya hanya rendang dan nasi impit je hari raya kali ni. Apapun semoga yang terjejas pendapatan sentiasa dimurahkan rezeki di zaman pandemik ni. Aaminnn..

    Harap jugaklah lockdown dapat memutuskan rantaian covid-19 yang sedang mengganas ni.

    #prayforpalestine

    BalasPadam
  3. Sampai bila kita nak kena PKP ni? Alahai....

    BalasPadam
  4. Semoga cepatnya wabak Covid-19 ini berakhir

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com