Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Versi Simple | Gerenti Boleh Buat

Mei 06, 2021

Nasi tomato pun nasi tomato la tuk berbuka kali ni. Nak bakar ikan cicah air asam macam sayang pula dengan buah tomato banyak-banyak dalam plastik tu. Membusuk tanpa buat apa-apa. So, jadilah menu Nasi tomato dan ayam masak merah gaya ciktie.  Simple je ! Semua guna bahan apa yang ada dekat dapur tu. Nak keluar pergi pasar cari serai pun memang tak sempat dah. Semua dah tutup. 


So, pada siapa yang nak tahu macamana nasi tomato dan ayam masak merah gaya ciktie tu boleh tengok kat bawah ni tapi ada ke 😅


Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Versi Simple | Gerenti Semua Boleh Buat


Cara memasak Nasi Tomato dan Ayam Masak Merah Versi Simple | Gerenti Boleh Buat

Nasi Tomato Versi Simple Gerenti Boleh Buat

2 cup beras - bersih dan toskan 

1 inci halia *blend

5 ulas bawang merah *blend

3 ulas bawang putih *blend

5 biji tomato *blend

3 kuntum bunga lawang

2 biji pelaga

1 batang kulit kayu manis

Sehelai daun pandan

1 sudu besar mentega

Sedikit garam

1 Kiub ayam


Cara :-

Panaskan periuk dan masukkan mentega. 

Seterusnya masukkan kakas kasar dan biarkan sehingga naik bau.

Masukkan bahan yang telah di blend (bawang putih, bawang merah dan halia). Biarkan sehingga garing. 

Seterusnya masukkan tomato yang telah di blend. Sementara nak tunggu ia garing, masukkan sedikit garam dan kiub ayam.

Dah garing, masukkan beras dan kacau sekejap biarkan beras tu garing. 

Masukkan sedikit air dan daun pandan.

Biarkan ia masak sendiri.



Ayam Masak Merah Tomato Gerenti Boleh Buat

Minyak masak*untuk menggoreng

Ayam sebelah *potong ikut suka dan diperapkan dengan sedikit kunyit, garam dan sedikit secukup rasa.

1 biji bawang besar - potong bulat

4 biji tomato *blend

4 biji lada kering *blend

Sedikit garam

Sedikit secukup rasa

4 biji bawang merah *blend

1 inci halia *blend

1/2 keping gula nise

Sekeping asam keping *paling kecil & paling nipis


Cara :-

Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap. Biarkan sederhana masak (sedang-sedang masak) seterusnya ketepikan.

Dengan menggunakan sedikit minyak, goreng bawang merah dan halia sehingga garing. Kacau jangan berhenti !

Seterusnya masukkan lada kering yang telah di blend. Juga biarkan ia garing (pecah minyak) Jangan berhenti kacau !

Seterusnya masukkan tomato yang telah di blend, sedikit garam, secukup rasa dan asam keping. Biarkan air kering dan ianya garing sekata tapi jangan hangit.

Kemudian masukkan sedikit air dan biarkan ia mendidih sebelum masukkan bawang besar dan ayam yang telah di goreng.

Biarkan seketika. Dah siap !!


Simple aje kan?? Kalau yang leceh pun sebab kena masak satu-satu je kot hehe..nak masuk semua sekali gus pun takde hal je sebenarnya 😃😃








Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

  1. tahun ni belum jumpa nasi tomato... boleh buat ni...macam senang je..

    BalasPadam
  2. Sedapnya nasi tomato dan ayam masak merah. Sayang kalau tomato banyak tak digunakan. betul tu gunakan apa yang ada je :)

    BalasPadam
  3. uishhh memang gu dia ngan ayam masak merah tuu.. nasi tomato sy tak pernah cuba buat. bolehla nanti try.. selalu beli je kan cuba2 la masak sendiri pulak hehe..

    jemput join GA blog saya :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya!

    Jom join Giveaway Raya 2021 - Duit Raya by Bola Katok.

    https://bolakatok.blogspot.com/2021/05/giveaway-raya-2021-duit-raya-by-bola.html

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com