Portal eOperasi | Portal khas untuk warga pendidik dan bakal pendidik iaitu mereka yang bergelar guru

September 22, 2020

Haii korang..lamanya tak jumpa. Sihat ke tu?? Alhamdulillah, tersenyum riang je tengok tu. Ada berita gembira ke tu. Oo permohonan pertukaran untuk berkhidmat kat kampung dah berjaya ye. Alhamdulillh, tahniah. Ciktie tumpang gembira.


Dah alang-alang certa pasal penempatan ni. Ciktie nak kongsikan tentang satu portal ni.  Portal eOperasi ! Inipun ciktie baru tahu je mengenainya melalui portal rasmi dan PortalMalaysia 

Portal eOperasi


Portal eOperasi | Portal khas untuk warga pendidik dan bakal pendidik iaitu mereka yang bergelar guru

Kalau nak tahu, portal eOperasi ini merupakan salah satu daripada 3 Modul Pengurusan Guru yang telah dibangunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan ianya diselia di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM itu sendiri.


Modul ini sebenarnya melibatkan pengurusan data-data berkaitan guru dan bukan guru yang didalamnya di kategori kepada  2 iaitu :-

  1. Pentadbir Portal eOperasi (pengurusan KPM yang melibatkan pegawai di peringkat Negeri, Daerah, Zon dan Sekolah) 
  2. Pengguna Portal eOperasi (guru dan bukan guru)

Tapi apa yang ciktie faham mengenai portal eOperasi ini, ia merupakan aplikasi pengurusan guru yang memaparkan beberapa maklumat penting mengenai pengumuman ataupun berita terkini daripada KPM seperti maklumbalas penempatan guru, maklumat mengenai guru, maklumat subjek pendek kata semua yang berkaitan guru dan bakal guru.


Tutorial menggunakan Portal eOperasi 

Log masuk ke pautan https://eoperasi.moe.gov.my/

Portal eOperasi

Klik 'Pendaftaran Pengguna' bagi korang yang pertama kali log masuk ke eOperasi ini. Lengkapkan maklumat seperti yang tertera dan klik 'Simpan'

Portal eOperasi


Dah boleh log masuk ke sistem eOperasi dah..

Masukkan ID, password dan juga no.ic sebelum klik butang Login. Seandainya kita terlupa password ataupun ingin menukar password, klik je pada pautan dibawahnya tu.


Semak semua maklumat yang tertera dan pastikan ianya tepat dan betul! Sekiranya terdapat kesilapan ataupun maklumat tidak tepat korang boleh maklumkan terus kepada PK1/PK2/PK3 untuk dibuat pindaan ataupun dikemaskini.

Portal e-Operasi


Untuk maklumat lebih jelas mengenai penggunaan portal eOperasi ini, manual kerja turut disertakan selain kita boleh hubungi terus Pentadbir Sistem dengan  emailkan kepada helpdesk_smg@moe.gov.my.


Haa ini ajelah yang mampu ciktie nak kongsikan buat kali ini. Semoga entri kali ini memberi manfaat sepenuhnya kepada korang yang bergelar pendidik ataupun guru ni. 


Ingat portal eOperasi ingat cikgu-cikgu ye



Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com