Novel Coronavirus (2019-nCoV) - Ciktie Dot Com

Breaking

Monday, January 27, 2020

Novel Coronavirus (2019-nCoV)


O..oo sekarang ini kita digemparkan dengan penularan jangkitan virus terbaru dari China iaitu Novel Coronavirus (2019-nCov).


Virus yang dikenalpasti berasal dari Wuhan, satu wilayah di China ini adalah virus dari keluarga Coronaviridae seperti SARS dan MERs. Ia boleh merebak melalui sentuhan antara haiwan-manusia dan sesama manusia terutamanya melalui titisan seperti batuk ataupun bersin. Gejala ataupun tanda penyakit ini adalah seperti batuk, hidung berair, sakit tekak, demam dan juga kesukaran untuk bernafas. Dan jika pesakit mempunyai sistem imunisasi yang lemah pneumonia (radang paru-paru) boleh berlaku.


Walaupun tanda-tanda ini mirip seperti selsema biasa ataupun influenza yang melanda negara baru-baru ini, ia sebenarnya cukup berbahaya kerana sehingga kini ubat dan vaksin untuk mencegahnya belum ditemui. Para paramedik seluruh negara juga masih lagi berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai virus ini.

Apa yang ciktie faham, virus ini boleh membiak dengan cepat melalui proses clone. Dan sehingga kini, China telah mencatat 81 kes kematian dan 2882 jangkitan melibatkan 15 buah negara termasuk 4 di negara kita, Malaysia. Maklumatnya korang boleh rujuk di thewuhanvirus.com


Novel Coronavirus (2019-nCoV)

Novel virus bermakna virus yang tidak pernah ditemui sebelum ini atau ianya berkembang adalah dari keluarga yang sama tetapi dalam bentuk yang baru (extant).

Nama 'Corona' diambil sempena nama 'Crown' yang bermaksud mahkota kerana rupanya seolah-olah mahkota yang melindungi spera-nya.


Bagaimana virus yang berada dalam haiwan boleh berjangkit kepada manusia dan kemudiannya disebarkan sesama manusia. Di kalangan saintis di virus ini dipanggil 'the hidden anemies' penyakit berjangkit yang muncul kerana jangkitan virus atau bakteria/ parasite yang berpunca dari haiwan kita panggil zoonosis / zoonotic disease.

Seperti yang kita ketahui bangsa Cina memakan hampir apa sahaja yang merayap di atas bumi ataupun yang berterbangan di angkasa. Malahan di Wuhan, tempat dimana bermulanya virus ini adalah pasar basah yang turut menjual 112 jenis binatang liar yang hidup. Aishhh tak sanggup nak tengok gambar suasana pasar yang di tularkan tu.

Sekarang ini dengarnya bandar ke-42 terbesar di dunia dan ke-7 terbesar di China  ini dihentikan segala pengoperasiannya. Di kuarantin kan dulu bagi mengelakkan penularan. Dah sunyi sepi tanpa sebarang kenderaan dan sesiapa.  Hmm tapi takpelah kan, sehingga semuanya terkawal.


Kita sendiri pun di sarankan supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan mengamalkan tahap kebersihan diri yang tinggi setiap masa dengan :-
  • kerap mencuci tangan
  • elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
  • elakkan mengambil makanan dan minuman yang tidak dimasak dengan sempurna
  • tutup hidung dan mulut ketika batuk dan bersin
  • elakkan bersentuhan dengan mereka yang mempunyai gejala

Dan jika ada saudara mara atau rakan-rakan yang mengalami gejala salur pernafasan seperti demam, batuk ataupun kesukaran bernafas tu, jangan lupa dapatkan segera rawatan perubatan bagi memastikan pengesanan awal jangkitan 2019-nCoV.


2 comments:

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************