Review Susu Nilofa | Susu Berperisa Pisang - Ciktie Dot Com

Breaking

Monday, January 20, 2020

Review Susu Nilofa | Susu Berperisa Pisang


Haii, assalamualaikum dan selamat petang korang. Sihat ke? Alhamdulillah, berpeluang juga ciktie update blog kesayangan ciktie hari ni. Daripada hujung tahun sehinggalah pertengahan bulan asyik menyepikan diri je. Dan sekarang baru nak memunculkan diri kembali ! In shaa Allah, kesihatan pun dah beransur pulih. Cuma batuk je yang masih lagi liat untuk meninggalkan diriku ni. Tapi takpa.. lama-lama nanti ia akan ok dengan sendirinya. In Shaa Allah, aamin. Banyak hutang review yang perlu ciktie lunaskan sekarang ni. Minta maaf ye kerana terpaksa menunggu lama, nanti ciktie usahakan untuk lunaskan satu persatu. Jangan serik untuk berkerjasama dengan ciktie udah lah ye.

Review Susu Nilofa | Susu Berperisa Pisang

Akhirnya berjaya juga ciktie dapatkan stok susu Nilofa ni. Daripada mula-mula ia viral dikeluarkan sampailah minggu lepas. Alhamdulillah, akhirnya hahaha orang lain dah lama dah dapatkannya. Kita baru dapat hikhik. Tak kisahlah janji dapat juga walaupun lambat dari orang lain. Dari tak dapat langsung lebih baik dapat walaupun lambat. Tak gituu 

Susu Berperisa Pisang

Sebenarnya dah cuba dah sebelum ini dapatkan stok susu ni. Tapi asyik sold out je. Nak order dari member dekat Klang macam tak berbaloi je setakat nak order 1 atau 2 pack camtu. Itu yang tunggu juga member dekat sini dapatkan stoknya tu. Kebetulan minggu lepas baru ada stok. Apa lagi rembat terus ajelah sebelum terlambat.

Susu Neelofa

Susu Berperisa Pisang

1 pack ni rm5 je untuk 200ml. Rasanya sedap juga! Memang terasa susu dan pisangnya tu. Tapi memang betullah lagi sedap kalau ianya sejuk. Letak ais pastu taruk ia dalam tu yummy .. yummy 😄😄 minum pula masa tengahari perghhh memang sedap la. Kalau minum terus macam ni, macam tak bestlah. Terasa macam manis sangatlah pula ianya ni.  

Ini pendapat ciktie la. Pendapat korang yang dah rasa susu Nilofa ni pula macamana ye?? Pendapat kita kan berbeza tak semestinya sama kan





1 comment:

  1. dah rasa.. bagi saya biasa saja.. x sedap sangat, boleh minum je la..

    ReplyDelete

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

Adbox
**iklan memanjang bawah** ****************