Majlis Perjumpaan YBhg. Dato' KSU Bersama Penjawat Awam Kelantan dan Terengganu |

Mac 04, 2018
Majlis Perjumpaan YBhg. Dato' KSU Bersama Penjawat Awam Kelantan dan Terengganu | Alhamdulillah, tengahari tadi selesai sudah semuanya. Rombongan #KL pun telah melalui ruangan ke Bilik Vip dekat airport sebelum ciktie dan kawan-kawan bersurai menuju destinasi masing-masing seterusnya setelah berhempas pulas dua tiga hari bagi menjayakan majlis ini.


Dalam masa yang cukup singkat! Alhamdulillah, majlis ini dapat diadakan dengan sempurna dan jayanya. Màjlis kali ini cikte rasa betul-betul menggunakan mana-mana sumber yang ada je. Ia cukup terhad sebabnya staf kat sini tak ramai. Kena pula dewan kat sini tak sama cam dewan dekat Bukit China tu! Ada dewan tanpa kerusi dan pentas kosong tanpa hiasan. Tiadalah kosong sangat. Ada tirai juga la! Jadi kena cari alternatif sendiri nak buat macamana.

Nasib baik la juga ada officemate sanggup bawa peralatan dari rumah. Kalau tak camtu jelahhh pentas tu hehe. Tapi cantik apa kitorang punya pentas tu! Simple..cantik..kreatif lagi!




Dua tiga kali juga terpaksa berkejar panjat tangga office semalam. SYMP kan hehe lagipun nak minta tolong orang lain dah tak boleh! Majlis bila-bila masa nak mula dah. Nasib baik encik tu offer diri nak tolong tekan slide sementara tunggu ciktie naik siapkan benda yang dia nak tu tapiii last sekali kesudah! Maaf ye encik..apapun terima kasih banyak sebab memahami.

Peace!! Team belakang pentas

Eja, Zden, En. Yusoff dan En. Lan 

Terima kasih juga kepada semua yang terlibat membantu dan turut hadir bagi menjayakan majlis semalam. Segala yang terkurang tu minta maaf banyak-banyak ye. Maaf juga tak sempat nak jumpa mereka-mereka yang datang jauh-jauh apatah lagi nak sembang huhu. Kita bahagian belakang pentas faham-faham jelah 😅 Bila majlis dah habis korang pula dah nak beransur hmmm ok, memang faham sangat-sangat! Dah petang sangat moga kita berjumpa lagi dalam lain program lepas ni. In Shaa Allah, Aamiin.


Sekarang baru boleh fokus pada blog. Nak cerita pasal review produk yang ciktie dah terima ni tak boleh lagi. Barangnya ciktie tak cuba lagi. Tunggu ye korang hehe



Share this :

Previous
Next Post »

10 ulasan

  1. wah seronok lah dapat jumpa dato

    BalasPadam
  2. cantik bunga tu...pentas tu simple...tp nmpk bseri bila ada bunga tu..hihihi..

    BalasPadam
  3. Wahh tahniah majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan

    BalasPadam
  4. letih jadi urusetia program camni..programnya baper jam je..tapi kita penat seminggu dua tak hilang lagi..hehe

    BalasPadam
  5. bestnya dapat jumpa orang ternama. Mesti dah lega dah settle majlis besar. :D

    BalasPadam
  6. wah...
    handle majlis beso gini tak sah kalau tak kalut, ciktie.
    aida da 6 bulan tinggalkan opis. rinduuuuu...

    BalasPadam

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com