Kebaikan Duku Terengganu

Oktober 27, 2016
Kebaikan Duku Terengganu - Ia betul !! Tak tipu pun tak caya boleh cuba tapu buah ni ciktie tak tau mana pokoknya. Tumbuh kat mana pun tak tau. Area mana..siapa punya lagi la. Yang ciktie tau ia dari Terengganu. Import khas dari sana melepasi bandar KB untuk sampai ke tangan ciktie hehe boleh pula camtu hahaha

Kelebihan buah

Oklah.. Ini betul buah Duku Terengganu tau. Ada office mate ni, dia dari bahagian lain. Dialah yang bawakan untuk ciktie. Semalam tak dapat nak ambil sebab ada masalah teknikal sikit. So minta dia pass je kat office. Dapat member-member lain sesama merasa buah dari Terengganu ni. Alhamdulillah..susah-susah je awak

Masa memula makan tu rasa cam manis sangat buah ni. Manis..manis betul la sekali rasa. Cam buah rambutan yang betul-betul masak tu. Yang dah cam ada air. Masak sangat dah. Masak sangat tu.. Tak ada rasa masam-masam or pahit sikit pun cam buah duku yang ciktie pernah makan. Tapi tak tau la kot-kot time tu ciktie baru lepas makan nasi kan nak-nak dalam office tu sejuk. Tapi ciktie ada dengar orang kata buah duku dari Terengganu ni lain sikit. Sekarang ciktie tak nafikan la..

Second round ciktie makan..rasanya tak ada la semanis buah sebelum ini tapi still di kategorikan manis juga la hehe.. Lagi satu buah ni tak kira besar or kecil ia tetap ada biji. Biasa ciktie jumpa yg besar-besar je ada biji hehe tapi ciktie kemusykilan sikit la. Betul ke ke kalau makan buah ni banyak-banyak ia boleh menyebabkan dia cepat nak buang air. Yang ciktie tau ia boleh menyebabkan kita sakit urat-ubat.. badan

Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com