Penawar Deman Denggi

September 30, 2014
Sebenarnya, pucuk betik memang cukup mustajab untuk mengubati deman denggi.
Orang kampung sendiri pun turut mengiyakannya. Sebabnya dia sendiri dah guna pucuk betik untuk ubati deman dengginya. Bezanya dia tidak minum air rebusan pucuk betik cam ku tetapi minum air kisaran pucuk betik. Kalau air rebusannya je dah cukup pahit. Yang dikisar tu tak terkata la pahitnya. Bau aje dah cukup membuktikannya. Kalau nak sembuh jangan berkira sangat..


Untuk mengelak dari rasa pahit air rebusan betik tu. Jus Jambu Batu jadi pilihanku. Tak kira la yang hijau atau yang merah. Tapi yang lebih elok yang hijau tu la. Sebenarnya bukan saje-saje nak minum air jus tu. Jus Jambu ni sebenarnya untuk meningkatkan plate late darah.


Selain air rebusan betik dan jus jambu batu..
Air putih juga tak kurang pentingnya. Bukan tak kurang lagi tapi amat penting !! untuk singkirkan toksin-toksin dalam badan. Memang akan berulang alik ke tandas la jawabnya lepas tu. Tapi itu yang eloknya.

ctnoraishah

Bila ingat balik kena tahan di wad hari tu..
memang berbotol-botol la minum air putih tu
excited nak balik kampung punya pasal hehe
Alhamdulillah...
semua berjalan lancar


Share this :

Previous
Next Post »

2 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com