Solat di awal waktu

November 14, 2012
Solat bagaikan tiang agama. Kita semua sentiasa diingatkan supaya membina tiang tersebut sekukuh yang boleh. Mungkin selama ini kita menunaikan solat cukup 5 waktu sehari semalam tetapi adakah ia dikerjakan pada awal waktu dan adakah kita menjaga solat kita selama ini? Pernahkah kita terfikir kenapa kita semua disuruh untuk solat di awal waktu ??

Menurut hadis At-Tirmizi dan Abu Daud berkata, "Ditanya Rasulullah s.a.w pernah ditanya apakah amalan yang terbaik? dan Rasulullah s.a.w menjawab "Solat di awal waktu." Bagi kaum wanita, Rasulullah s.a.w berpesan, terdapat 3 sebab mengapa mereka digesa untuk solat sebaik sahaja masuk waktu. Antara sebabnya ialah :
  •  Ajal boleh datang tanpa disangka-sangka.
  • Datang bulan (haid) yang tidak dijangka waktunya.
  • Kedatangan tetamu ke rumah tidak mungkin ditolak sedangkan waktu itu kita belum menunaikan solat.
Sementara dalam surah Al-Mukminun ayat 10 dan 11, Allah Taala berfirman yang bermaksud, "Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya, dan orang yang memelihara solatnya; mereka itulah orang yang berhak mewarisi syurga Firdaus dan kekal di dalamnya."

Share this :

Previous
Next Post »

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com