Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Dr Azizan

Februari 25, 2022

Asyraf Khalid ! Siapa yang tidak kenal anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza inI kan. Bukan setakat nama Datuk K je yang disebut-sebut tetapi kisah kejayaan anaknya ini turut menjadi perhatian.


Siapakah sebenarnya Asyraf Khalid

Asyraf Khalid  merupakan anak ke-3 daripada 6 beradik hasil perkahwinan usahawan terkenal, Datuk K bersama bekas isteri Tengku Zawyah Tengku Izham. Suami kepada Tya Ariffin, artis terkenal dari Indonesia ini merupakan pemilik bersama empayar perniagaan Mutyara yang mengeluarkan produk jus kesihatan 'Jamu Mutyara' dengan menggunakan resipi asal turun-temurun keluarga isterinya dari Indonesia. 

Datuk K Dedah Kejayaan Asyraf Khalid Disebabkan Dr Azizan 

Namanya mula menjadi bualan masyarakat apabila bisnes Mutyara mula membuahkan hasil. Semuanya berubah selepas menjadi anak didik Dr Azizan, Mentor Usahawan Terkenal. Ini didedahkan sendiri oleh bapanya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa baru-baru ini. Dan pastinya perubahan positif dan kejayaan anaknya itu sangat mengembirakan hatinya.

Dalam satu hantaran video yang dikongsikan Asyraf semalam, Datuk K merakamkan penghargaan kepada Datuk Wira Dr Azizan Osman yang dapat mengubah dan membimbing anaknya bukan saja dalam bisnes malahan kehidupan dalam tempoh 3 tahun saja. 

Ucapan tersebut dibuat ketika makan malam dan sempena sambutan hari lahir bapanya di rumah kediaman mereka Isnin lalu.   



Impi banggakan Datuk K

Menurut Asyraf, membanggakan bapanya adalah antara perkara yang selalu diimpikannya. katanya dalam hantaran itu yang telah ditonton hampir 15,000 orang dalam tempoh beberapa jam saja. 

"Membuat beliau bangga dengan saya merupakan 'big why' selama ini. Alhamdulillah, semuanya berubah bila bertemu dengan Mentor saya yang betul-betul ubah bisnes Mutyara, malah hidup dan memberikan saya banyak perspektif lebih baik," 


Beliau juga amat bersyukur dengan hasil kejayaanya itu. Apatah lagi bapanya buat pertama kalinya meluahkan rasa bangga dan gembiranya itu.  


Dulu Asyraf merupakan seorang budak nakal dan sering kali mengecewakan bapanya serta merasa dirinya itu tidak akan berjaya. Namun begitu, beliau faham perjalanannya masih jauh dan tidak terus menerus menyalahkan diri.


Bangkit Dari Kegagalan & Tidak Menggunakan Populariti Keluarga Untuk Berjaya

Tidak menggunakan kedudukan sebagai anak seorang yang ternama, beliau yang pernah gagal beberapa kali apabila bisnes yang dijalankan tidak menjadi tidak pernah mengalah dan terus berusaha bekerja keras serta mencari ilmu untuk terus mengorak langkah. 

Akhirnya hari ini, segala penat lelahnya membuahkan hasil. Beliau boleh membuktikan kemampuannya sekaligus telah dapat membanggakan bapanya.


Beliau yang meminati bidang keusahawanan disebabkan bapanya merupakan seorang ahli perniagaan berjaya ini pernah mula berniaga sejak di bangku sekolah lagi.


"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada bapa yang membesarkan saya sebegini, sentiasa beri bimbingan, tak berikan saya kesenangan dan sentiasa percaya meskipun banyak kegagalan dalam hidup. "


"Saya ambil kegagalan itu sebagai pengajaran dan terima kasih kepada Mentor yang dapat mengeluarkan potensi yang ada dalam diri ini,"
 


Dr Azizan Mentor Terbaik Suntik Keyakinan & Semangat Setiap Hari 

Dr Azizan Osman Ubah Sikap

Dalam pada itu bagi Asyraf, Dr Azizan merupakan seorang mentor terbaik buat dirinya yang bukan hanya membimbing mengenai bisnes semata-mata malah secara holistik termasuk kepimpinan dan perhubungan sesama manusia dan bersama Maha Esa. 


"Malah nilai-nilai baik ada dalam lingkungan anak didik Azizan dan RichWorks membuatkan beliau menjadi lebih baik lagi. 


Tambahnya lagi, walaupun mereka di RichWorks sudah mencapai kejayaan pada satu tahap yang baik dengan jualan jutaan ringgit, mereka masih rendah diri, tidak lokek berkongsi ilmu dan perkara yang betul yang perlu dilakukan.


Datuk K Cemburu, Kagumi Dr Azizan

Sementara itu, Datuk K dalam ucapannya turut mencemburui dan merasa kagum dengan kebolehan yang dimiliki Dr Azizan melahirkan ramai usahawan jutawan. 


“Saya pun cemburu dan kagum dengan Azizan, kerana ada kebolehan membina ramai jutawan yang mana saya tak boleh buat."


“Bayangkan jutawan yang Azizan bimbing ini, boleh mengingati Tuhan, beribadah, bersedekah daripada hasil kejayaan mereka, saya percaya sebahagian pahala akan dapat kepada beliau kembali kerana hasil bimbingan, didikan dan tunjuk ajarnya. 


“Azizan memimpin tangan mereka semua, tunjuk mereka mana longkang, mana tempat nak kena langkah, mana tempat nak kena lompat, awak semua (rakan usahawan jutawan) sangat beruntung. Saya tak dapat ini semua ketika seusia anda dan masa memulakan perniagaan,” 


Sementara itu, Datuk K juga turut mengingatkan bangsa usahawan yang berjaya tidak melupakan individu yang masih merangkak dan berusaha keras untuk mencapai kejayaan. 


“Jangan lupa masyarakat lain, di luar sana ada juga orang yang tak berjaya seperti kita, jangan terlalu berbangga dan ego, tapi 'be humble, more humble and more humble', ajar mereka untuk capai kejayaan,” 


RichWorks Lahirkan Jutawan

Seperti yang kita ketahui, kejayaan Asyraf Khalid merupakan kisah yang boleh dijadikan inspirasi buat kita semua. Bukan senang nak senang. Dan bukan susah nak susah. Semuanya perlukan usaha. Dengan usaha dan bimbingan mentor yang betul ia akan lebih membuka peluang dan ruang kita menimba ilmu dalam bidang perniagaan disamping dapat menyuntikkan semangat serta keyakinan diri kita. 


Sehingga kini, memang terbukti dimana program Titan RichWorks telah banyak membantu ramai orang menjadi usahawan berjaya. Sebenarnya kejayaan RichWorks  melahirkan jutawan berjaya ni dah lama diketahui umum. Cuma mungkin ada lagi dikalangan usahawan yang masih lagi tercari-cari peluang.


Untuk ikuti kelas bimbingan usahawan bersama RichWorks ataupun untuk ketahui lebih lanjut tentang Kelas Titanium RichWorks boleh layari www.richworks.com

 https://t.me/AzizanOsmanOfficial/14864 


#kejayaanAsyrafKhalid 
#datukkhalid 
#keluargactnurhaliza 
#anakdidikazizanosman 
#richworkslahirkanjutawan 
#titanrichworks 
#mentorusahawan 
#BitersXRichworks

Share this :

Previous
Next Post »

1 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com