Kenaikan 1 KGT kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai

April 04, 2018
Sumber : Fb JPA

Alhamdulillah, merasa juga 1 kenaikan gaji tahunan (KGT) sekali lagi untuk tahun ini ! Tahniah korang..tahniah semua terutamanya semua penjawat awam dan terima kasih PM sebab umumkan berita gembira ni. Adalah juga sesuatu yang mengembirakan hati kecil ini kala mendengar amanat beliau pagi tadi. Dan rasanya bukan ciktie sorang yang happy dengan berita ini kan?? 

Sumber : FB jpa

Sebenarnya ada beberapa insentif lain lagi yang diumumkan pagi tadi antaranya adalah :-

  • Pemendekan kenaikan pangkat mengikut Time Based kali ke-2 dikurangkan dari 13 tahun ke 10 tahun bermula pada tahun 2018. 
  • Mengwujudkan Gred Lapisan DG 56 bagi jawatan DG 54 untuk pegawai perkhidmatan pendidikan (cikgu) yang telah memegang jawatan selama 5 tahun.
  • Kemudahan perubatan dipanjangkan kepada ibu bapa lantikan pekerja kontrak bermula 1 Julai 2018.
  • Sumbangan dana kerajaan kepada Cuepac sebanyak Rm 3 juta setahun
  • Kemudahan 7 hari cuti tanpa rekod melibatkan aktiviti keagamaan bagi orang bukan islam.
  • Kenaikan 1% kadar pencen secara sekali bayar sebagai tambahan kepada 2% kadar yang diterima bermula 1 Julai 2018.
  • Pemberian geran khas sebanyak Rm 1 J kepada persatuan pesara dan lain-lain persatuan pesara.
  • Peruntukan kuota menunaikan ibadah haji bagi pesara kerajaan bermula tahun ini.
  • Kenaikan 1 KGT kepada semua penjawat awam berkuatkuasa 1 Julai 2018. 

Insentif ini telah diumumkan secara rasmi sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-16 (Mappa XVI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya yang dihadiri kira-kira 10,000 anggota perkhidmatan awam. Kalau korang nak tahu Mappa ini merupakan acara tahunan. Inipun ciktie baru tahu je opsss  di mana PM akan menyampaikan amanat kepada anggota perkhidmatan awam daripada pelbagai perkhidmatan di peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan serta syarikat berkaitan kerajaan. 


Share this :

Previous
Next Post »

6 ulasan

.Assalamualaikum.
.Sila Tinggalkan Comment Anda Di Sini.
SATU pun jadi lah ! hehe.

My Ping in TotalPing.com